PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty: April 2013 Espiranza D'hearty: April 2013

27 April 2013

Segmen Follow April hingga Disember 2013



klik banner !

jom laa join kwn,, hadiah dibagi setiap bulan taw..
best an?.. 


tarikh tamat : Bermula April 2013 hingga Disember 201

Kalau Anda Suka Like laa :)

Konvokesyen PSIS ke - 8


selamat tengah hari..
hari ni terdetik nak check laman web PSIS.
sbb ada yg dah war2 kan tarikh konvo..
bukan xpercaya,, sbb br ckp mulutkan..
wlapon lecturer sendri yg tanya..
so akhirnya terjwb juga..


dgn ini rasmi laa tarikh konvokesyen ke -8 PSIS ditetapkan seperti diatas..haha
tp wktu tu bukan hari cuti kot..
rabu khamis kalau xsilap..
pape pon jgn dilupakan ye kwn2 sy..
5 Julai my buzday...hehe..
suka sgt duk promote an..hehe..

k laa,, ckup laa info ni ye..

Kalau Anda Suka Like laa :)

26 April 2013

Tutorial Twitter Widget

haa,,mcm xpercaya je arini nak wat tuto..
sebenarnya smlm sy tertgok satu blog ni.. comel gile dy nye widget twitter tu..
so sy tnggalkan request kat dia..
hehe,,dia pon bagi laa code..
tp sebelum tu sy cr sendri r sapa2 yg ada tuto tu..
cuma xbyk freebies,,
tp adik tu baik hati bagi tuto skali ngn freebies aw..
meh2, mesti ada gak mcm sy yg tercari2 an.. pandai je erk..
ehh meh tgok contoh dulu.


mcm ni laa maksud sy.. nak wat gak.. senang je pon..

  • 1.copy code bawah ni..
<div style="background:url(URLBG) no-repeat;width:200px!important"><script src="http://widgets.twimg.com/j/2/widget.js"></script><script charset="utf-8" src="http://widgets.twimg.com/j/2/widget.js"></script><script>new TWTR.Widget({version: 2,type: 'profile',rpp: 5,interval: 30000,width:200,height: 207,theme: {shell: {background: 'transparent',color: 'transparent'},tweets: {background: 'transparent',color: '#333333',links: '#999999'}},features: {scrollbar: true,loop: false,live: false,behavior: 'all'}}).render().setUser('USERNAME').start();</script></div> 
  • Template designer, paste di dalam HTML/JavaScript
  • Template classic, paste dekat mana-mana korg suka.
  • Save
Pink : URL background
Biru : Username twitter
color : boleh adjust kalau rasa xsuka. klik sini.



nah freebies..! ^_^


















alamak,, sory laa kalau xcomel yer.. sje je nak test..hehe


credit : NishaNabila

Kalau Anda Suka Like laa :)

Segmen Blogwalking Aisyah Humaira


klik banner!!


Tamat :
24/4/2013 Jam 10 malam
1/5/2013 Jam 2 pagi

Kalau Anda Suka Like laa :)

Kisah hari Jumaat yang akan menitiskan air mata..




kisah hari jumaat yang akan menitiskan air mata kita...Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" 

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

sumber : luv Islam

Kalau Anda Suka Like laa :)

"Giveaway by Miss Bella Razali"

nk join,,klik banner!!

mula berblog dari tahun 2010,, tp suka-suka je.. n utk share ngn kwn rapat waktu tu..masing-ada blog.. lagipon baru lps SPMwaktu tu.. tp xaktif sgt pon dulu n tak amik taw pon psl dunia blog ni..haha.. pastu dpt lak smbung belajar dekat Politeknik Sabak Bernam,, line dekat situ sgt slow.. so mmg jrg sgt on9.. 3 tahun belajar tu on off jela..  skrg baru je bpe2 bulan abis.. mmg dah set nak aktif balik..lagipon skrg tgh ada bisnes on9 sendiri.. harap2 ramai akan nampak laa kedai sy ni.. Espiranza D'hearty..

kelebihan erk,, xde laa special pon.. jujur dulu xtaw lgsung edit2 blog ni.. tp sbb rajin membaca & selalu buka blog2 org.. blog masing-masing lawa-lawa,jeles kot.. terjumpa lak blog nya wat tutorial.. try laa ikot.. susah gak laa mula2.. xreti main ngn coding tu.. tp sbbkan sy jenis xcepat ptus asa.. maka terhasil laa blog skrg ni..hasil edit sendri.. siap editkan blog kwn2 lagi..hehe.. nak tgok satu contoh..  sini. so sekarang sy boleh laa kalu nak buat header yg simple2 je.. ^_^..

tag:
awk. , awk. , awk



tamat : 10 Mei 2013 (tarikh akan bertukar mengikut sambutan)


Kalau Anda Suka Like laa :)

Segmen (+)kan Follower by Tempoyak Goreng


klik banner!!

segmen ni owner dy sendri yg ajak taw..
nak tambah follower nya..
dia baru lagi dlm berblog ni..
barangkali laa..

xde hadiah.. tp dia ada objektif tersendiri..
sbb sokongan sy join..
join laa ramai2 join.. 
sbb saya tahu blogger2 yg ada xsmbongkan..hehe

Segmen ini berlangsung selama dua minggu bermula dari 25 April 2013 sehingga 8 April 2013.


Kalau Anda Suka Like laa :)

25 April 2013

Segmen Barang Blog By Nisha




klik banner!!

sy nak banner gif.hehe..

jom laa ramai2 join.. bg dapat sambutan..


Tarikh tutup :- 30/4/2013  

Kalau Anda Suka Like laa :)

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My



klik banner!!

jom ramai2 join.. sbb Fuh.My ni ramai pengunjung taw..
boleh masuk bloglist Fuh.My nnt..hehe



Tarikh tutup adalah pada jam 12:00 tengah hari 30 April 2013.

Kalau Anda Suka Like laa :)

MINI GIVEAWAY BY SYIERA & LIENDA


klik banner!

liker ke #79 

jom ramai2 join!! 


UPDATES
  • Tarikh tutup adalah 30 JUNE 2013.
  • Hadiah akan bertambah sekiranya lebih daripada 50 orang.
  • Kepada blogger yang berminat untuk jadi sponsor giveaway ni boleh inbox syiera DI SINI
  • Setiap peserta yang join giveaway ni akan diberi dua kali peluang cabutan bertuah. Wah, menarik tak? Menarik tak? *NEW
  • Sekiranya penyertaan kurang daripada 30 orang, giveaway ini terpaksa dibatalkan :( *NEW 

Kalau Anda Suka Like laa :)

KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

selamat ptg..
akhirnya sy dapat buat satu entri utk dikongsikan bersama..
jom baca.. pendek je kisah nya..
tapi...



Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. 

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. 

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." 

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." 

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. 

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Kalau Anda Suka Like laa :)

Quotes #sahabat..

selamat tengah hari..
ingat x,,sy ckp nak letak quotes psl sahabat pulak..
kali ni br laa sy rajin..haha..
tp byk sgt laa yg ada..



















"seromantik mana pun kekasih anda, sesayang mana pun anda pada kekasih anda..
tapi jangan lupakna Sahabat Untuk Selamanya kerana dia sentiasa berada untuk anda"




Kalau Anda Suka Like laa :)

kaki novel ?!

haa,, lain kerja lak sy buat..haha
xde laa..sbb dah promote dah td..kne step2..
nnt ptg sikit kte promosi balik..

n tersinggah satu group kat fb,,
"pencinta novel"
sbb sy salah seorg pembaca novel.. godek2..
byk rupanya novel on9 aw..
salah satu yg sy klik.....

tp baru baca bab 1..hehe
tp best gak taw,, sbb apa..
baca sambil dgr lagu..soo feeling lak..
apa kata,, singgah sana kalau xpercaya..
cerita pon menarik..

haa,,ni pon promosi aw..long promote blog org lain..
baik hati x.?haha.. k nak sambung.. ^_^

Kalau Anda Suka Like laa :)

Segmen Makan Donut !hehe

tolong jangan tetipu dgn segmen ni..haha..
nampak menarik x..
smp aku pon tertaik sekali...
bukan sbb kuat mkn..tp nak taw segmen apa ni..


klik banner ni kalau nak taw lebih lanjut..!!

haa,, nak taw knp sy berminat..
sbb hadiah dia 

Hadiah:
Tempat pertama Topup RM 50 *seorang jahh pemenang tempat pertama tuhhh 
Tempat kedua Topup RM 10
Tempat ketiga Topup RM 5 
*tada!!

sbb skrg ni asyik xde duit nak topup laa.. mne taw rezeki dpt tempat pertama..cewah...

jom laa ramai2 join.. lagipon kwn kita ni br gak berblog aw..klau sy xsalah laa..
tgok blog achive td,, start bulan April 2013..


Tarikh segmen:
25 April sehingga 05 Mei 2013


Tarikh penyampaian Hadiah :
06 Mei 2013



Kalau Anda Suka Like laa :)

kisah apa ye?

selamat tengah ari..
nampak tak,,bukak je blog ni terus join segmen an..
haha..
org xramai follower,,kena laa rajin2 cari..ye ndak..
sebenarnya sy tgh cari idea..
nak cari kisah2 yg boleh dikongsikan sebagai 
pengajaran & teladan kpd si pembaca yg singgah sini..
kita kdg2 kena gak baca kisah -kisah yg boleh memberi 
pengisian pada rohani gak..

so so.. *berfikir..hehe

nnt laa..
sbb baru teringat hari ni xmula promote my bisnes on9 lagi..hehe
iyalah kena rajin n jgn putus asa..
yg pernting kena berusaha dulu..see..
okey.. nnt sy dtg balik sini..
ceh,,mcm ada org tgu je konon.
salam..bubye,.

sebelum terlupa..
jemput2 laa LIKE 


sempat lak promote an..haha




Kalau Anda Suka Like laa :)

Segmen Bloglist Tambah Follower PariPariPutih



klik banner yer !!
kalau nak join... hehe




Tarikh tutup 04 May 2013

Kalau Anda Suka Like laa :)

Segmen : Hey ! blogger asal mana?





klik banner kat atas!!

okey,,segmen yg sgt simple ..
jom join..!
boleh berkenalan ramai2..
blogger2 dari mana..


sy dari Bangi, Selangor..hehe..
*salam perkenalan*

Kalau Anda Suka Like laa :)

24 April 2013

Segmen BLOG REVIEW by Nina Maslizza

sebenarnya sekarang sy tgh tgu org amik balik kerja..
so godek2 laa baca apa yg ptot..terjumpa lak segmen ni..hehe
sy mmg nak sgt direview oleh sesiapa.
hope dpt lah.. *dgn penuh harapan..



klik banner ni kalau nak join,, !


tag :
sini , sana , sini , sana , sini


Start: 9.00 a.m. 20 April 13'
Tamat: 9.00 a.m. 27 April 13'

Kalau Anda Suka Like laa :)

Cara Khalifah Umar Al-Khattab Menahan Bebelan Isterinya

selamat ptg.. 
kisah kedua utk hari ni,,
dah baca tajuk tu kan..
sgt sesuai utk para suami..hehe..
tp semua boleh baca laa..

Memang tidak dinafikan, wanita lebih banyak bercakap berbanding orang lelaki. Jadi tidak hairanlah jika suami terpaksa menadah telinga mendengar bebelan isteri adakalanya sampai setiap hari. Biarpun leteran itu benda yang sama, ia tetap menjadi satu perkara yang rutin.





Namun tahukah anda bahawa Khalifah Umar Al-Khattab juga mempunyai cerita yang tersendiri. Biarpun kita tahu dirinya amat ditakuti kerana sifatnya yang garang, namun apabila dengan isteri, ia sangat menghormati isterinya.

 Dikisahkan, pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, terdapat satu pasangan suami isteri yang selalu bertengkar, berpunca dari tabiat sang isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya, tidak kira sama ada ketika dia memasak, ketika masa lapang, atau pun ketika melakukan rutin-rutin harian.Sehinggalah si suami tidak dapat menahan kesabaran lagi mendengar leteran sang isteri saban hari dan ketika, lalu si suami memarahi isterinya.Sang isteri pula tidak hanya berdiam diri ketika dimarahi, lalu berlakukan pergaduhan dan pertengkaran hampir saban hari.

 Pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab dengan niat untuk mendapatkan tips atau nasihat dari beliau, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tabiat isterinya yang suka membebel di samping untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.

Ketika si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang kemari?” Lalu si suami tadi menjawab, “Tujuan aku kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku.”

 Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, “Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri.” 

Begitulah hebatnya peribadi seorang insan yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam diri dan bersabar melayan kerenah isterinya. Wallahualam.

sumber : kisah menarik
Kalau Anda Suka Like laa :)

kisah terladan

ikotkan sebelum ni sy ckp nak post quotes psl kwnkan..
tp sorry laa,, Insya Allah lain kali yer..
sbb sy terbaca satu kisah ni..
kisah dia pendek je..
tp penuh pengajaran..
jom sama-sama baca.



Rasulullah SAW dengan sebiji limau.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
sumber : kisah_teladan

note : apa pandangan kawan-kawn bila baca.. baikkan sifat Rasullullah ni.. tp kita blum tentu lagi buat mcm tu.. zaman sekarang ni,,susah nak tgok org jaga hati org lain..kalau boleh,, main lepas je ckp.. harap memberi pengajaran..
Kalau Anda Suka Like laa :)

Quatoes #2

selamat ptg kwn2.
hari ni sy xtaw nak post apa jer..
so sy ingat nak share quotes lagi.. 
mungkin sgt bermanfaat pada kwn2 an..





jangan lupa Allah








para muslimah,,untuk anda.. !



senyum ^_^


note : cukup x.. hehe.. entry lepas ni kita letak pasal kawan lak laa.. semua org ada kwnkan... ^_^

Kalau Anda Suka Like laa :)