PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty: 2014 Espiranza D'hearty: 2014

26 May 2014

muslimah tu



Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.
Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.
Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.
— (via nourmuhaimeen)

Kalau Anda Suka Like laa :)

16 May 2014

ini kisah.

"Kawan memecut motosikal dengan cermat. Balik dari hospital.

Meredah jalanraya di malam hari. Gelap betul. Lampu jalan pun jarang-jarang kelihatan.

Aku membonceng di belakang. 

Tiba-tiba di hadapan ada sekatan jalanraya. Ada polis.

Oh. Bukan. Ada kemalangan di hadapan. Sebab itu ada polis.

Kami sampai di tempat kejadian. Kawasan tu agak sunyi. Kenderaan pun jarang lalu situ.

Mungkin kami antara yang terawal tiba. Nasib baik ada abang polis trafik lalu.

Kawanku memberhentikan motosikal. Aku gigil sikit lutut. Tengok darah mengalir di atas jalan. 

Penunggang motosikal ni. Macam kes langgar lari saja. Sebab tiada kenderaan lain di situ kelihatan. Motosikal je berderai. Penunggang dah nyawa-nyawa ikan. Kaki sebelah entah ke mana. Patah tulang.

Aku gagal menapak menghampiri mangsa. Gerun. Takut. Tak biasa. Tiada siapa nak tolong mangsa. Polis pun tengah sibuk hubungi ambulans dan kawal lalu lintas.

Kawanku meluru ke arah mangsa. Aku terpaku melihat dia memangku kepala mangsa dan meribanya. Perlahan-perlahan diajarnya mengucap syahadah. Mangsa tercungap-cungap mengucapkan sesuatu pada kawanku.

Tak lama kemudian, mangsa diam. Innalillahi wainna ilaihi raaji’un.

Kawanku mengambil sesuatu dari poket seluar mangsa. Henfon dan dompet. Ku lihat dia menekan-nekan fon tersebut. Dari dompet, dilihatnya IC. Kemudian, dia serahkan pada polis dan bercakap-cakap sesuatu dengan polis. 

Datang ke arahku. 

""Dia cakap apa dekat kau?"" Tergesa-gesa aku bertanya.

""Dia suruh aku balas mesej mak dia. Tadi, tengah dia bawa motor. Mak dia mesej. Baru saja nak reply, jadi macam tu.

Dia suruh aku balas pada mak dia, dia minta maaf atas segalanya. Dia dah belikan mee goreng untuk adik-adik yang kelaparan dekat rumah.”“

Aku ke motosikalnya. Masih elok bungkusan mee goreng dalam raga motosikal.

""Kita tolong hantarkan. Jom."" Kawanku menarik tanganku cepat-cepat.

Start motor. Ikut alamat yang dia tengok di IC mangsa tadi. 

Sampai di rumah mangsa. Kami serahkan mee goreng tadi kepada ibu mangsa. Ada empat budak kecil. Mungkin adik mangsa. Aku dapat rasakan mangsa betul-betul abang yang sangat baik.

Kawanku khabarkan berita duka pada ibu mangsa. Hampir nak pitam. Disambut deraian air mata.

**

Dalam perjalanan pulang, kami banyak berdiam diri. Aku lihat air mata mengalir di pipi kawanku. Aku pun sama.

Kawanku bersuara sayup-sayup kedengaran,

""Bila kali terakhir kau mohon maaf pada orang tua kau?""

""Bila kali terakhir kita mohon ampun pada Allah? 

Sampai bila kita nak dingin pada Allah?”“

Bagai tertusuk duri.

Esok belum pasti. 
Mati itu pasti. 

Kesudahan aku? 

Kesudahan kita?

Siapa tahu. 

Aku pun tak tahu.”
(14247, 2014)

Kalau Anda Suka Like laa :)

08 May 2014

puisi 2


Allah turunkan Hujan.
Bumi terima dengan penuh kesyukuran.
Namun manusia, masih melihat dengan penuh keegoan.
Masih berjalan dengan penuh kesombongan.
Akhirnya jatuh tersungkur,
Akur dengan perintah Tuhan.
— (via kitasekadarhamba)

Kalau Anda Suka Like laa :)

07 May 2014

puisi 1

Ada masanya kita
perlu duduk bersendirian.
Berseorangan sambil merenung
langit.
Memikirkan diri sendiri, hala tuju
kehidupan.
Mengingati dosa-dosa lalu yang
belum diampuni.
Mungkin masa ini bukan untuk
mencari cinta.
Tetapi masanya untuk memperbaiki
cinta pada Allah SWT..
— (via gadistudunglabuh)

Kalau Anda Suka Like laa :)

WANITA...



Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

“Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, ya allah ???” 

Allah menjawab
,”Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap yang telah aku ciptakan untuk wanita?”

Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan”.

Malaikat menjawab dan takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,”Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari”.

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,

“ya allah , kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?”

allah menjawab,”Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.”

“Untuk apa???”, tanya malaikat.

allah melanjutkan,
“Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,

dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,
mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,

tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. ”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,

tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

“CINTANYA TANPA SYARAT.”

Kalau Anda Suka Like laa :)

04 May 2014

jangan bersedih


Ada masa kita kata tak apa,
tapi kita terluka.
Ada waktu kita cuba lupa,
tapi kita sentiasa diingatkan.

Ada kala kita rasa sudah redha,
tapi kita masih rasa derita.
Ada ketika kita tak tahu kenapa,
tapi kita dibiar hampa.

Sampai tahap ini kita cuma perlu yakin,
Allah ada menyediakan sebab atas segala sesuatu.

Mungkin bagi kita itu kesedihan,
sebenarnya petunjukNya atas sesuatu
yg lebih baik untuk kita.
Maka, terus berdoa dan yakinlah,
ketika itu kita sangat dekat dengan Allah.

Jangan bersedih,
tanpa mengadu pada Allah,
Dan jangan gembira,
sehingga terlupa perintah Allah.
— (via lulumimo)

Kalau Anda Suka Like laa :)

ada masanya



ada masanya,
sakit itu tak boleh nak dijelaskan dengan kata-kata.
tak boleh nak ditulis dengan baris-baris nota.
tak boleh nak perah air mata keluar.
tak boleh nak jerit ke satu dunia.
tak boleh nak marah sesiapa.
tak boleh nak kongsi.
tak boleh nak cerita.
tak mahu disimpan, tak boleh nak dibuang.
cuma terasa dalam dada.
tak boleh nak buat apa.
telan dan hadap.
sambil minta simpati dan belas kasihan DIA.


Kalau Anda Suka Like laa :)

25 March 2014

UJIAN

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah, 
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.


#COPYPASTE



Kalau Anda Suka Like laa :)

21 March 2014

kawan rapat


asssalamualaikum && selamat malam awk awk.. hehe.. lama bebenor tak menaip kat sini..tak tahu nak cite apa jer.. hehe.. lgpon takde yg  singgahnye an.. 

mood arini nak meluah perasaan kat diari online ni.. hehe.. sbb tak tahu nak luah ke siapa.. hoho..
tgok tajuk agak2 org tahu ke pasai pa.. lai lai.. ikut suka hati kita laa an..


hiks,, sebenarnya kita rindu pada seorang kawan,, kawan rapat bagi kita.. tapi berbeza jantina..hmm.. knp dia jd kwn rapat kita.. sbb selama ni,, dy laa yg duk pinjamkan telinga tuk dgn masalah kita ni.. dia juga akan bg semangat or nasihat saat kita perlukan sokongan.. but,, kata org,, kita jgn terlalu  rapat dgn yg berbeza jantina an..

 dia pernah jadi salah seorg kawan baik suatu ketika dulu,, tapi sy je kot yg pikir mcm tu.. dia tak pon.. dia ckp kita just kwn.. hmm,, okeyy.. walhal dlm hati sentap dah.. & dgn rendah hati sy terima seadanya.. kita cuma kwn biasa jer.. 

tapi awk tetap nak sy share msalah dgn awk,, uhh.. sy cuba menolak sbb kecewa dlm hati konon.. sy cuba belajar berdikari dan pendam apa yg sy rasa.. tp awk selalu hadir saat sy perlu seseorg utk mendgr apa yg sy rse..

tp awk selalu buat sy serba salah sebnrnya,, bila lagi2 awak dah ada kekasih hati,, sesiap pon boleh salah anggap wlpon kita ckp kita kwn.. byk kali sy cuba lost contact dgn awk.. sy tak nak kecikk an hati psgan awk.. oohh, baiknya laa hati sy an duk pikir org lain.. haha. tp.. bila sy senyap,, awk lak muncul tiba2.. Allahu,, sy dah laa jenis tak suke bila sy msj org,, org tak balas msj sy.. so sy tak smp hati bila tak balas msj awk.. so kita terus berhubung lg.. dan sy senang dgn awk..

tp berkwn dgn awk selalu menyakiti hati sndri,, nth laa.. kita kwn.. tp ada had limit & sy kena ikot rules awk.. knp erkkk..? kdg2 rasa mcm sy berkwn secara haram pulak dgn awk.. erkk. sy paling tak suka bila awk msj,, jgn hubungi awk sekian sekian.. setiap kali dpt msj mcm tu,, ap yg ada dlm kepala sy adalah nak stop berhubung dgn awk.... tu bkn ke satu hint utk sy,, sbnrnya awk nk bgtaw "jgn hubungi sy lagi".. tp kita terus berhubung.. kdg2 sy konfius laa.. sy cume positifkan diri.. pasti Allah nk sy terus berkwn dgn awk atas sesuatu..

hmm,, hari lahir awk,, sy bg Quran Pelangi.. tu yg sy terpikir utk hari lahir awk.. niat sy cume jika sy nak berubah le arah kebaikan,, sy nak awk pon sme.. kdg2 sy call kejut awk subuh.. sy tak nak awak tinggalkan perkara yg wajib.. & sy buat suprised utk birthday awk.,ingat nak wish laa kononnya,,  tp awk bg ,msj jgn hubungi sy hari tu.. myb awk nk spent time dgn si dia.. but sy an kwn awk.. tak phm kdg2.. tu dah kali ke berapa sy terkilan dgn awk.. ingtkan awk call ke dpt call free an.. okeyy,, perasan jela.. tp still tgu awk wish "thank u" utk hadiah bezday tu.. but awk senyap jer.. walhal awak dpt dah brg tu.. terus niat sy berubah.. sy jadikan Quran tu kiriman terakhir dr sy utk awk.. sy tak nak hubungi awk dah..

after 2 week.. br awk msj ckp thank & terharu sume.. sy ingat sy kuatlah tak lyn awk dah.. tp hati sy mmg lembut & tak reti nak marah org an.. mungkin awk salah seorg yg beruntung.. sduhh. 
so kita still berhubung.. awk suruh share msalah mcm biasa,, tp sy kata taknak share pape dah.. pastu awk tye lagi.. "mcm tu sudi tak awk dgr mslah sy".. hmm,, sy tak de msalah utk jd seorg yg kwn yg baik. mendengar masalah awk. tp sy taw awk takkan cerita pon mslah awk.. alih2 sy gak yg share msalah sy.. nmpk tak.. betapa lembut hati sy ni..grr

tp skrg,, hampir 3 week tak berhubung.. sy tak pastilah kali ni kita benar2 lost contact ke.. dan last msj dr awk adlah " jgn msj awk sekian sekian..". serius sy terlalu sakit hati dpt msj mcm tu dr awk.. wlaupon sy tak pernah ckp apa sy rasa.. kali ni sy cuba kuat hati dr sakit kan hati sndri.. atau mungkin sbb awk pon tak msj pape.. kdg2 sy rasa sy dah boleh tanpa pikir an awk.. tp kdg2 kerap kali,, rindu tu dtg.. mjur sy takde kredit.. kalau tak mst laju jer tgn sy menaip msj & sent ke awk.. cume sy boleh lakukan bila rindu awk,, setiap kali sebelum tidur sy akan sedekahkan alfatihah utk awk..

sy rasa biarlah kita mcm ni,, seminggu ke 2 mggu.. sebulan dan seterusnya.. kejam ke erk,, kalau saya putuskan persahabatan dgn awk..maafkan sy kalau sy bertindak kejam.. tapi sy perlukan kawan yg setiap masa tanpa limit,, sy tak tahu bila masa sy ada maslah utk diceritakan.. setiap kali saya ada masalah,, awk laa org yg pertama sy terpikir utk bercerita.. tp mungkin dah tiba masa sy belajar uruskan sndri.. tapi awk adalah sumber kekuatan sy dr dulu lagi,tp Allah tetap sumber kekuatan sy yg utama.. InshaAllah


sy serahkan segalanya pada Allah yg menbolak balikkan hati manusia utk kuatkan hati sy.. & doakan Allah akan pelihara awk seadanya.. jaga diri awak.. semoga awk dibawah lindungi Allah,..
dan apabila sy mencoret segala di sini,, itu maknanya tiada lagi kwn tempat meluahkan apa yg sy rasa..semoga allah sampaikan salam rindu sy pada awk.. :))

Kalau Anda Suka Like laa :)