PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty: March 2013 Espiranza D'hearty: March 2013

29 March 2013

Espiranza D'hearty


salam Jumaat kawan-kawan.. hari ini sy br je buat page br utk memudahkan kwan-kawan sy membeli dan contact sy bagi sebarang pertanyaan & tempahan.. dekat situ nnt sy akn selalu update.. so sy sarankan kwn2 utk berurusan disitu laa ye nnt.. oke ni link yer.. jom ramai-ramai like taw dan bagi support .. :D




Kalau Anda Suka Like laa :)

27 March 2013

Pangkor Island


kali ini sy just nak entri bergambar je.. mcm mana terdetik an nk post.. ni semua gara-gara nmpk kwn2 komen gmbar trip ktorg satu kelas ke Pangkor selama 3 hari 2 mlm..so senang cerita rindu laa.. hehe.. dah lama sebenarnya pon... so jom tgok..
separuh daripada brg2 yg dibawa...hehe
dalam feri,, ni group first gerak dulu.

amboi,,sempat lak dyorg posingkan... haa,,perasan x?
baju sama... ni laa bj kelas kami design utk ke Pangkor..hehe


yg ni kami otw ke pantai..hehe. siap beratur lg haa.. xingat lak dyorg tgh watpe tu..


team purple

ni pulak,, group yg dibahagikan.. ni group purple.. dak kelas kami ni semua perempuan.. laki cuma ada 3 org je aw..


tean oren
ni pulak time sy,,hehe.. team oren.. yg laki ni bukan student aw..tp lectrer.. sporting sgt.. n semangat sgt nk ikot ktorg..hehe..

team pink
haa,, ni lagi satu group.. team pink.. tgok2 semangat x..haha..



kami tgh siap-siapkan brg utk game.. apa yg penting?kerjasama..haha..


masing-masing tgh bersedia utk main game. 
masing-masing tgh bersedia utk main game... semangat x,,

pada mlm hari,, ada bbq.


tukang bakar..haha



anak dara duduk dapur,,hehe..siapkan apa yg ptot laa

sebahagian dari kami.. :D

siap ada gelaran ratu aw utk kami...

ratuKu..haha.


tgok ratu apa yg sy dpt..haha


phewitt.haha



trip ni kami wat sndri2 aw.. duit belaja sendri.. bukan trip poli or pape... trip yg dah lama dirancang,, tp akhirnya dpt gak ktorg g walau dah sem last..hehe.. banyak je gamba yg ada..tp sikit2 jela letak ea..juling lak mata korg tgok byk2... oke..tata..

Kalau Anda Suka Like laa :)

Karnival Kerjaya


Assalammualaikum n salam sejahtera kawan-kawan.. entri kali ni sy nk cerita pengalaman g ke karnival kerjaya.. bila tu? hari sbtu lepas... 23 Mac 2013. dekat Hotel Orential, Kajang. maaf laa xinform awl2 dekat kwn-kwn. sebab nya sy sendiri xconform benda tu betul-betul ada.. sy tahu pon sbb abang yg ajak.. 

sbb dia buat hari Sabtu,, so sy minta cuti laa dgn bos.. sepatutnya sy kerja haritu..tp bos sy mmg sporting laa. tp sy tak cakap laa nk g cr kerja lain pon.hehe.. sebelum ni pon,, bukan sy tak minta kerja lain.. byk je sy minta.. dekat job.Malaysia,, jobstreet laa,SPA pon sy isi n bg resume kat BSN.. tp belum rezeki sy lagi.. 

malam sebelum pergi tu,, sy sediakan resume sume,maksud nya jumaat mlm laa an..siap tgkap gmba br laa..hoho..sbbnya CD gamba ah hilang so alang-alang tangkap jela gmbar baru.. kononnya nmpak semangat laa nk cr kerja an..

keesokkan harinya,, dlm kul 2 lebih ktorg g.. semuanya ada 4 org termasuk adik,abg n kwn abg sy.. tp adik sy tu just sibuk mengikut je pon..waktu dlm kereta ternampak beg yg abg bawak.. fuh,,byk nye dia sediakan resume.. ada gak laa dlm 10 set.. siap letak dlm sampul lg..so nmpk laa tersusun nya.. tp sy punya... haha. nk ckp pon segan.. usha-usha lak kwn abg sy nye.. tp xnmpk lak.. 

tiba-tiba jd segan lak.. sy just sediakan 3 set resume lengkap je pon. dah tu just klip je pon resume2 tu.. pastu masukkan dlm fail... waktu tu rasanya mcm nak suh abang singgah kedai jap g beli sampul.. tp xbuat pon laa.. jap lg mengamuk lak abg sy an.. padahal abg br sediakan resume dia pg sebelum ktorg g karnival tu..kiranya nmpk mcm sy yg prepare lebih an..haha..tp xbuat btol2 lak..teruk betul laa rasanya..

dah smp hotel tu,, mula2 xnmpk rmai org lg waktu tgh parkir kereta... tp ada laa nmpk 1 or 2 org dgn berpakaian kemas..siap pegang resume bagai.. tp sy mmg berpakaian kemas laa.. berbaju kurung aw,,tp xde laa smp pakai kasut sarung pon..hehe..lgpon before g karnival ni,,sy g kenduri kawin.. so terus g jela..
dah masuk dlm,,nmpk dah laa ramai org.. tp xlaa ramai sgt mcm krnival kat PWTC tu rasanya,, sbb sy xg pon yg PWTC tu..rasa2 nya org-org yg tinggal dekat kawasan yg berkaitan je yg tahu.. mknanya.. org yg duduk kawasan bangi, kajang dan sekawasan dgn nye la.. ada laa terjumpa 2 org kenalan dekat sana..

so apa lagi,,kami pon tgok laa list2 yg disediakan..khabarnya ada dlm lebih 25 company yg terlibat.. sampai laa jumlah tu rasanya.. hehe.. sebelum pape hal kena laa daftar dulukan.. dah daftar tu,, tgok list lagi sekali nk cr yg sesuai... kalau sy semestinya cr bahagian admin.. mmg byk gak laa jawatan tu.. tp org yg memohon rata-rata nya pon minta jawatan yg sama an.. haha

disebabkan resume yg disediakan sgt terhad.. ada 4 jwatan je yg sy dpt pohon..haha.. padan muka sy.. tp xbyk sgt pon yg sesuai,,oke laa tu an..xmoh tamak2 yer.. so apakah nye yer..
yg sy ingat sy minta..Al Ikhsan utk jawatan Junior exec.. tp yg ni sy rasa xdpt kot.. org tu sibuk nk offer sy jawatan promoter..bukan berlagak tp klau bole xnk buat sale la..hehe.. pastu,, KLIA2,, exec credit control.. sy xtaw laa pe amik jwatn ni,, mula-mula sy nk amik admin..tp bila pikir balik ramai yg minta,,so sy letak laa jwtan td tu.. sebelum interview,, sy tye dlu psl jawan tersebut..n sy tye gak yg sy ada diploma layak ke x..n dia oke je.. kena interview dgn lelaki cina,,mula-mula cuak gak..hehe.. tp waktu dah mula,, so far oke laa.. dia pon bagus je.. n 2 jawatan lagi yg sy minta bhagian pembntu akauntan n admin..

 sy cerita ni just nk cerita je pengalaman aw,, xckp lagi sy dah dpt mana call..hehe.. tp mmg laa berharap sgt dpt an salah satu.. tp pape pon sy tak akan berhenti berdoa supaya diberi pilihan yg terbaik.. InsyaAllah.. sy harap juga korg dpt doakan sy yer.. As Salam




Kalau Anda Suka Like laa :)

26 March 2013

10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra

haa,,ni ada lagi satu perkongsian sy pada hari ini..
harap memberi manfaat kepada kwn2 sy yer..
jom baca..! hehe


  • Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

  • Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

  • Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

  • Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

  • Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

  • Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

  • Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.
Waallahukhlam…
sumber dari Harian Islam


Kalau Anda Suka Like laa :)

Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)

hari ni sy terbaca kisah Ainul Mardhiah..
rata-rata ramai yg tahu an..
tp mungkin ada yg tak tahu juga..
apa kata kita baca kisah ni..



‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Alla.
diperolehi dari Harian Islam


Kalau Anda Suka Like laa :)

Al Quran Pelangi


sekarang ini sy ada menjual Al Quran Pelangi edisi baru.. tapi stoknya sgt terhad oke.. hanya tinggal 3 warna je lagi.. apa kata kita tgok sendiri yer..








soft pink

magenta pink


blue





PROMOSI HARGA : RM140 SAHAJA TERMASUK KOS PENGHANTARAN

  • Mempunyai 30 juzuk lengkap.
  • Resm Uthmani
  • Tulisan yang jelas dan tidak terlalu kecil memudahkan bacaan dan kefahaman.
  • Saiz yang mudah dibawa ke mana-mana selain mudah dirujuk, dan dibaca.
  • Kualiti warna kertas yang tidak memedihkan mata dengan pembacaan yang lama
  • Dijilid menggunakan benang. Tahan lasak. Muka surat tidak akan terlerai.
  • Untuk kegunaan sendiri ataupun dijadikan hadiah, hantaran dengan pelbagai pilihan warna yang semuanya sangat menarik.
  • Telah mendapat kelulusan penerbitan oleh Lajnah Pentashih Mushaf Al Quran, Department Agama Republik Indonesia
  • Mendapat sokongan penerbitan darai Majlis Ulama Malaysia.

.Pilihan warna cover: Magenta,Soft Pink,Biru sahaja
Ukuran : 12cmX16cm


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi saya di:
Facebook https://www.facebook.com/masizzati.abdulmajid
Twitter https://twitter.com/izzati_majid


Kalau Anda Suka Like laa :)

19 March 2013

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,






Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from 
porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

  •  Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

  •  Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

  • Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

  •  Boar:Babi liar.

  •  Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

  •  Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

  •  Ham:Daging pada bahagian paha babi.

  • Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

  • Sow Milk:Susu babi.

  • Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

  • Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.


p/s: Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.



Kalau Anda Suka Like laa :)

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALi




  •  Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

  •  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

  •  Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

  • Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

  • Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

  •  Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

  •  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

  •  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah






Kalau Anda Suka Like laa :)

18 March 2013

kau Ilham ku..


Assalammualaikum & salam sejahtera..
rasanya dah lama sy xpost sendiri blog ni..haha..
tiba-tiba hari ni terrajin lak nak cerita...
sekadar nak share sebuah cerita je...
nak taw kena la baca yer :D

hari ni tiba -tiba sy rasa nak bercerita tentang sesorg..bukan nak kisah dari dia kecik smp besar pon..just nak cerita semangat & kerjayaan dia sekarang..siapa dia yer??cukup laa korg kenal dia sebagai buah hati sy..cehh..tp dia bukan sekadar buah hati sy jer,,dia juga adalah kwn baik dan rapat waktu susah & senang... thank for him :D. 

menarik sgt ke kisah dia ni yer...haa..ikot laa korg yg nilai yer.. sebenarnya sekarang ni dia sgt busy dgn kerjaya nye... dan sy sndiri xde masa utk dia..hoho.. tp ini jalan yg dia pilih,,sepatutnya sy perlu doakan yg terbaikkan..tp kdg2 hati kita ni selalu pikir yg bukan-bukan walaupun dia dah faham situasi tu...

tertanya-tanya apa kerja ia sekarang ni,,dia xde laa kerja pangkat besar.. dia kerja dekat company pengiklanan je,, buat sale.. tp apa yg menarik adalah semangat  yg patot dipinjam dari dia ni k.. gaji dy pon xbyk pon sepatotnya basic dlm RM1300++.. tp hampir 3 bulan dia bekerja dia boleh dpt komisen hampir RM2k.. so beraninya dia pilih komisen dr basic,,sbb dia taw dia boleh.. dlm tidak smp 2 bulan kerja juga dia dah naik pangkat jd supervisor.. dan tidak mustahil juga dalam masa setahun dia boleh jd AM (agensi Manager) an. tp kesibukkan dia tu jgn tanya lahkan.. utk minggu ni je dah 2 kali dia outstation..haha.. sy percaya dia bukan saja xde masa utk sy,,bahkan kwn2 lain pon mesti susah nak contact dia ni.. kdg2 balik kerja pon dia boleh tertidur dalam kepenatan.

dia merupakan anak sulung dari 7 beradik,umur dia sama dgn sy 22 tahun.dan kami br je tamatkan pengajian diploma,,ramai je kwn2 yg dah dpt keje tp myb yg menariknya dia ni adalah kejayaan nya dlm masa yg sngkat.dan sememangnya dia mempunyai cita-cita yg tinggi utk family dia.. satu-satu yg dia rancang utk family dia,,sekarang dia dah pasang wifi dekat rumah,, lepas ni dia nak pasang Astro & bayar bil elektrik & air pula..bg sy semua itu xmustahil pon utk dia lakukan..  dan dari dulu lagi kalau boleh dia nak suruh mak ayah dia xpyh bekerja & dia nk tanggung adik2 nya yg masih belajar.
apa yg dibuat sekarang pon adalah utk mencapat matlamatnya... 

secara jujurnya,,sgt teringin jd macam dia dgn semangat yg tinggi itu. dan sesuatu yg kita lakukan jika dgn niat yg baik Allah akan sentiasa permudahkan.. Alhamdullilah,,sy sntiasa doakan yg terbaik utk dia. :)

p/s untuk si dia sy harap awk akan terus berjaya & berjaya tanpa melupakan segala suruhan Allah.. yg penting jgn lupa diri dan sentiasa ingat permulaan kita utk berjaya kerana jika kita selalu ingt pasti kita xan pernah lupa siapa kita..ehh.. betul ke?pape pon setiap sesuatu itu dtg nya dari Allah.. InsyaAllah,,kekalkan segala niat yg baik utk berjaya seiring dgn nama awk tu an..hehe FAIZ=BERJAYA.pandaikan mak ayah awak bg. :D tak lupa juga nk minta salah kalau maklumat yg sy bg ada yg salah or xminta izin.ceh..haha.

Kalau Anda Suka Like laa :)

15 March 2013

so sweet :D




BOY => A, B, C..
GURL => what ??
BOY => Always Be Careful..
GURL => ahahaha.. then ??
BOY => D, E, F, G..
GURL => ??.
BOY => Don't Ever Forget Girl..
GURL => Girl..?!
BOY => I'm H, I..
GURL => what H, I ??.
BOY => Happily Inlove..
GURL => so ??.
BOY => J, K, L, M Just Keep Loving Me..
GURL => and how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z ??.
BOY => No Other Person Quite, Reasonable, Shall Treat U Very Well Xcept me Your Zauj...


note : Zauj = suami



Kalau Anda Suka Like laa :)

‎10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.


:: As Salam:
sempena hari jumaat yg mulia ini,
meh saya nak share sikit :)
tapi tolong baca sampai abis yer...hehe


Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

  • Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?



  • Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

  • Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

  • Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?


  • Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?



  • Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.


  •  Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)


  • Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.


  • Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.


  • Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!



note : Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.


Kalau Anda Suka Like laa :)

12 March 2013

AL QURAN PELANGI WANITA (pekat)


:: As salam::
hye kwn2 hari ni saya akan post Al Quran br pula..
Al Quran Pelangi utk Wanita tp warna pekat punya..













          RM110 sebuah including postage. (plus RM10 for Sabah & Sarawak jika berminat. TQ 



  • nama, 
  • alamat, 
  • no telefon, 
  • item(s) jika berminat. TQ 

1. Penghantaran hanya akan dibuat selepas bayaran diterima
2. Menggunakan Maybank
3. FREE POSTAGE
4. Poslaju. Hari ini pos, esok sampai (semenanjung) & 2hari for Sabah dan Sarawak.
5. Saiz Quran 11cm X 15.5cm
6. Warna helaian: Pekat


Kalau Anda Suka Like laa :)