PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty: February 2013 Espiranza D'hearty: February 2013

27 February 2013

SABUN KOLAGEN CAHYA WALET

::SALAM::
hye kawan-kawan..
entri kali ini saya nak promosi sikit..hehe...marketing k..

meh kita tgok...


terdapat dalam 2 jenis kulit:
  • untuk kulit normal (gold)
  • untuk kulit sensitif (silver)

yg dekat atas ni adalah bentuk packaging dari Mutiara Anggun Gallery sendiri..Pek promosi! Dapatkn bekas sabun yg menarik & praktikal ini.tak perlu susah2 lagi letak dlm bekas tupperware.

untuk kulit sensitif
HARGA: RM30.00
100 gram

~EKSTRAK SARANG BURUNG 
~PATI DELIMA
~SUSU KAMBING
.
khasiat & kebaikan untuk kulit sensitif
~membekalkan kolagen & vitamin untuk kulit
~menyingkirkan sel kulit mati dengan lembut
~menyuburkan dan meremajakan kulit wajah
~melembabkan dan mencerahkan kulit wajah
~menganjalkan dan menegangkan kulit
~menyimbangkan minyak dikulit wajah
~mengeringkan jerawat dalam waktu singkat
~merawat resdung dan gatal dibahagian hidung
~mengeluarkan bintik hitam?putih ditepi hidung
~memudarkan kehitaman di anggota badan
~merawat ruam & kayap dibahagian badan

~menghilang bau badan agar rasa segar



untuk kulit normal

HARGA: RM39.00
50 gram

~EKTRAK SARANG BURUNG
~MINYAK KELAPA DARA
~SUSU BERAS WANGI
~VITAMIN E
~HARUMAN SPA MILK2
UNTUK KULIT NORMAL
~membekalkan kolagen & vitamin untuk kulit
~menghambat radikal bebas
~mengecilkan liang pori
~melembabkan kulit wajah
~menganjal & menegangkan kulit
~memutihkan kulit wajah
~melewatkan proses penuaan
~melindungi kulit dari sinar UV
~mengurangkan jeragat, jerawat & kulit kusam
~menghilangkan kesan solekan dengan aktif
~mengurangkan garis halus kedutan
~menaikkan aura seri wajah agar muda berseri


note: kalau berminat boleh terus ke page Mutiara Anggun Gallery, @ email di mutiaraanggungallery@gmail.com

Kalau Anda Suka Like laa :)

26 February 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W.


:: salam::
hye kawan-kawan.. 
entry ni sy nak konsi sedikit..
nak taw apa dia?meh baca smp habis yer..


  •  Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

  • Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

  • Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

  • Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

  •  Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

  •  Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

  • Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

  • Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

  • Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

  • Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

  •  Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.”

~ Wallahullam



Kalau Anda Suka Like laa :)

RESDUNG!


:: salam::
hye,,
hehe,,hari ini tiba-tiba sy rasa nk share sikit laa
pasal resdung...
xtaw laa kenapa,,myb sebab sy salah seorang yg mengalaminya kot..
/meh-meh kita bacalah dr sy membebel nth pape..

Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat


note: ada tak kawan-kawan yg hampir sama mcm sy post ni?..mst adakan.. kalau saya hampir semua gejala resdung tu sy ada... sekarang tgh mencari produk yg sesuai la...hmm ada pape suggestion?? ada yg cadangkan dekat sy mkn VCO (virgin coconut oil) minyak kelapa dara... sy baca testimoni byk yg bagi respon bagus.. nak try jugak laa...


ni pulak salah satu penggunanya...lawakan!


ni salah satu contoh laa VCO

ni jenama lain pulak.. tp sama VCO/


Kalau Anda Suka Like laa :)

SEKADAR GURAUAN !!



lelaki : saya sakit ustaz, macam mana nak solat.
ustaz : solat macam biasa, berdiri kalau mampu.

lelaki : kalau saya tak mampu berdiri?
ustaz : duduk pun boleh.

lelaki : duduk pun saya tak boleh, ustaz.
ustaz : baring pun tak apa.

lelaki : baring pun saya tak mampu dah.
ustaz : guna isyarat je lah kalau macam tu.

lelaki : nak guna isyarat pun saya tak boleh dah. macam mana, ustaz.
ustaz : tunggu orang lain solatkan.

lelaki : boleh ke macam tu ustaz? biar betul.
ustaz : betul. kalau dah semua tu tak boleh buat. maknanya dah layak lah awak untuk dikuburkan.


Kalau Anda Suka Like laa :)

23 February 2013

ooo,, jerawat !!


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

  • Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

  • Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

  • Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

  • Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

  • Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda.



P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. 



copypaste jer :)

Kalau Anda Suka Like laa :)

22 February 2013

kisah ini...

:: salam::
hye kwn2...
harini saya just nak kongsi skit jer...
semalam saya ada terbca satu kisah seseorg...
especially dy tu junior wktu poli dulu..
mmg tercari2 kisah dia,,sbb lec pon de sebut2..
dia ny ada income sendiri aw,,wlpon student jer...
dia wat bisnes on9...
tp yg buat sy tertarik adalah,,
/mcm mne dy bole berjaya mcm tu...
meh laa sy share link dy yer..korg baca sendiri laa..haha


apa yg korg pikir bila baca kisah dia tu..hehe... setiap org ada sejarah dia sendiri sebelum dia pandai merangkak,,berjalan & terus belari mcm dian ny... jujur,, sy sendri pon berasa kagum dgn semngat dy.. jgn korg xtaw lak dy skrg dah ada produk sendiri aw..bukan tu je,,umur dia lg muda dr sy.. br 21 tahun...

dari kisah dian ni juga,,sy terinspirasi..dan sebenarnya sy pon ada kisah2 saya yg kwn2 sendiri xtaw,..tp xsama mcm dian ni..mungkin dy cerita kejayaan dy dlm bisnes...sy just cerita bagaimana sy cuba bangkit dr kegagalan yg lepas..bukan nak mencari simpati or bangga ke..just nk berkongsi...apa salah nya.

yee,,kwn2 klas dip sy mungkin selalu ckp,, "alaa,,ko pandai mas boleh laa...bla bla bla..an..tp sebenarnye untk smp ketahap ini sy ada cerita sy sendiri ...

jeng jeng,,hehe..main-main lak an..

hmm,,sebenrnya sy pon xtaw dr mana nak mulakan dulu..oke laa.. mungkin sy boleh mulakan tahun 2008,, sy nak amik SPM,, ada yg tahu ada yg xtahu kot... selain tahun nk menduduki peperiksaan SPM, tahun tu juga adalah tahun dimana ayah saya kembali ke RahmahtuAllah.. disaat beberapa bulan je lagi nak exam besar waktu tu ayah saya meninggal..mmg sgt terkesan bg sy.. tp sy sgt bersyukur sbb ada kwn-kwn yg sentiasa bg semngat dkat sy..terutama member2 ESPIRANZA..mungkin sbb tu sy sgt syg kat dyorg.. waktu minggu ayah sy meninggal tu,,seminggu sy xpergi sekolah n xbalik hostel..jujur sy ckp,,waktu ayah pergi,,sy menangis pon x..tp hati mmg sebak laa... tgh2 nak uruskan jenazah ayah,,tiba- tiba sy dpt tahu kwn2 sekolah nk dtg melawat sy..serius sgt2 terharu.. dyorg snggup jumpa cikgu sume.. n dyorg dtg satu bas..waktu dyorg dtg tu,, sy terus tersenyum... sy xtaw betapa kuat nye sy waktu tu tuk melawn kesedihan... sy tersenyum bila kwn2 sy ada wlpon saat-saat mcm tu..

seminggu kemudian,,sy balik hostel mcm biasa..hidup mesti diteruskan.. tp keadaan jd berbeza berbanding berada di rumah... sbb dekat rumah,, sy tahu semua org rasa benda yg sama mcm sy... bila balik hostel,, sy jd lemah smangat,,rindukan arwah ayah dtg memuncak.. hampir seminggu sy demam, menangis.. bagi sy,, xde sapa yg rasa apa sy rasa ni... sy jd kemurungan... tp xpernah sekali pon sy cerita dekat mak..sy xnak mak sedih dgn keadaan sy pulak..pernak satu ketika sy boleh terpikir, " alaa,,ayah pergi jap tu..nnt ayah balik laa"..see teruk x,,smp mcm tu sekali sy boleh pkir... bila sy tersedar,, sy menangis balik..tp kwn2 sentiasa ada dgn sy,, wlpon terpaksa ponteng stdy ptg nk teman sy... hehe.

mnggu depannya,,minggu ujian bulanan kalu xsilap sy,,mmg waktu tu satu pon sy xboleh buat... smp guru kelas panggil tanye masalah sy..tp sy ckp xde pape...sy tahu semua perihatin dgn sy..terima kasih byk2..
tp xmampu nak susahkan hati org... sekali lagi, kwn2 bg semngat suh buat btul2 waktu trial n exam sebenar... secara xlangsung sy cuba janji dgn diri sendiri... n dari situ sy mula untuk bngkit balik... alhamdullilah,, keadaan waktu dah mula baik..sy dah boleh berfikir dgn baik n positif... sy xpernah persoalkan kenapa semua ni jd dekat sy.. tp sy selalu pikir,,nasib baik jd dekat aku,,klau jd dekat2 kwn-kawn mcm mne laa dyorg..

apabila exam SPM makin dekat,, keadaan sy jd lemah balik... tiba-tiba rindu dekat arwah ayah dtg.. smp mak bw sy jumpa ustaz utk amik air penerang hati n pulihkan semngat laa ... sy bukan sje rindu,, tp sy juga teringat2 segala pesanan ayah...nak tahu apa ayah sy selalu ckp bila kami berdua je dkat ruang tamu "dik,, kau belajar sungguh-sungguh.ayah tahu anak ayah ni boleh buat.kaulah harapan ayah". tgok,, ayah lg tahu anak dia boleh.. inilah laa yg selalu ayah ulang..smp laa bila ayah meninggal,, harapan ayah tu bagai wasiat terakhir yg mst dilakukan..dan sebenarnya ia menjadi tekanan n bebanan pd sy...sy takut xboleh sempurnakan semua nya..sbb tu juga laa sy xsuka org harapkan pape dr sy..mst rmai tertanya-tanya mcm mna rapat nye sy dgn ayah... sy bukan laa ank manja,,tp sy mungkin anak kesayangan ayah.. percaya atau x,, sy xpernah kena marah dgn ayah.. apa nth lagi kena pukul dgn ayah..lg laa x...

exam SPM pun dtg,, semngat sy masih lg lemah..smp laa habis paper... paper last perdagangan waktu tu.. sy xtaw kenapa waktu tu sy tertekan... jujur sy kata,, sy suka duk hostel sbb ada kwn2...tp waktu tu keadaan jd terbalik...sy rasa nk balik umah jer sbb xsnggup duk hostel... dan tiba laa result exam pon keluar,, mmg mcm2 perasaan laa an.. bila tiba waktu amik result dr cikgu.. cikgu pon ckp laa. " oke,,boleh tgok berapa byk A dpt?".hmm,,bunyi mcm menakutkan an.. klau betul byk A Alhamdullilah laa..sekali tgok,, satu A pon xde...tp masih bersyukur sbb semua lulus.. n bila taw result kwn2 waktu tu,, serius malu sgt.. lagi2 member2 ESPIRANZA sy.. dyorg mmg pandai-pandai..siap ada yg jd tokoh pelajar laa.. tp sy... 

balik umah,,kompem2 adik beradik dah sibuk tanya,, nk bgtaw pon malu... ada sekali akk ckp mcm ny "ktorg semua ingatkan kau ada byk A". serius terasa sgt mcm tu... Ya Allah kenapa laa kau xbg semngat dkt aku kak..dlm hati jela mampu sy ckpkan.. tp dlm ramai2,,  sy masih ada seorg abg yg sentiasa bg semngt dekat sy smp laa skrg..sgt terharu... seperti biasa,, lepas abis sekolah nk smbung diploma lak an...

oke,,apply laa semua ipta, maktab n poli... tp bila time result utk ipta keluar.... "maklumat anda tiada dlm rekod kami".. tersedu jap.. ya Allah,, kenapa aku cuai sgt ni... rupa-rupanya sy  xsend pon..just buat n save je waktu tu... tp nasi dah jd bubur... sy terima lg... waktu result maktab lak,,sy xlayak... xkisa pon,,sbb sy just pikir nak cuba je klau ada rezeki... akhir sekali,,tgu result utk ke politeknik lak... abg yg check waktu tu... dy call laa,, dia mara-mara... rupa-rupanya lagi sekali sy cuai.. perkara yg sama mcm permohonan ke ipta... xsend... sy mampu diam laa bila dia tye itu ini..waktu tu sy tgh keje dkt taska,, serius mmg xtahan air mata sy nak menangis..nasib baik time budak-budak tidur..sy menangis laa puas-puas dlm bilik air.. kenapa laa aku ni..tu je mampu sy persoalkan dlm diri...

balik jer keje,,abg suh try lagi sekali politeknik tu utk kemasukan yg kedua...oke sy beli no pin baru semua... sy xnak buat silap lg..Alhamdullilah sy dpt dekat Politeknik Sabak Bernam..

tp cerita sy xabis mcm ni jer,,sebelum masuk poli,,sy dah berangan-angan nnt belajar nak ada ladtop semua,,xnak laa jd mcm abg belaja xde ladtop..iyaa laa,,itu an satu keperluan bg student..tiba laa waktu sy masuk ke PSIS,,sem 1 xrasa sgt psl duit sbb sy keje sblum ni adalh laa kumpul skit..sy belajar tanpa buat sebarang pinjaman PTPTN,,sepatutnya sy buat permohonan yayasan selangor.. tp sy terlepas tarikh utk intview sbb surat smp umah lambt..bila sy adu br dpt surat..dy suh pergi hari lain...tp hari tersebut sy dekat poli dah...akhirnya terlepaslah...PTPTN awl2 lg abg sy surat elakkan amik...so xde laa mohon..hehe.kesimpulannya,,sy nye duit belanja dr duit pencen arwah ayah..kena laa berjimat cermat..

naik jer sem 2 hingga 6... masing-masing dah pakai ladtop...kecuali sy... percaya ke x,, terserah... sy terpaksa terima duit yg mak bg just cukup utk belanja sy jer..tp kwn-kwn sy baik hati.. so sy wat asgment sume pinjam dyorg punye..tp serius sy malu sbnarnya,,pakai brg org.. sy rasa sgt2 merendah diri...tp dah sem 5 & 6 laa paling terasa payah sekali.... duit selalu xckup,, n kdg2 sy xmkn or mkn maggi jer... sy malu nk ckp dgn kwn2... sy xnk susahkan dyorg.. nak minta ngn abg pon malu kdg2 tu...br minggu lpas sy minta,,duit abis dah seminggu...nk mnta lg segan... kdg2 sy diam jer...kwn2 ada masa selalu ajk mkn luar,, sy terpaksa laa tolak bg alasan itu ini..wlpon hakikat nye umah sewa xde makanan waktu tu.. asalkan mereka xtaw sy xde duit.. 

sy rasa kepayahan waktu buat diploma dulu,,, tp sy tetap nk smbung stdy lg..walaupun kdg2 sy bingung...nk fulltime k pjj je...tp mak klau bole sy kje dlu sbb pkirkan psl duit...& sy berharapan agar sy stdy nnt dlm keadaan yg selesa xseperti sebelum ni...hmm.. saya selalu doa,, andai kepayahan yg Allah beri dahulu sy redha.. pasti ada kebahagiaan n kejayaan akhirnya.. kerana allah xakan menguji hambanya jika dia tidak mampu.. :)


Kalau Anda Suka Like laa :)

18 February 2013

ahlan wa sahlan....


::salam::
hye kawan-kawan
entri kali ini mungkin sambungan daripada entri 


oke,,kalau kawan-kawan perasan entri itu ssebelum baby lahir an..sekarang nak cerita serba sedikit mengenai kelahiran baby boy tersebut..hehe.. teruja betul makcik dia ni nak bercerita..




haa,,cuba tengok gamba dekat atas... ni laa anak buah baru saya... nama diberi Emir Rayyan b. Edi Nor Azwar.... baby boy k.. lahir pada 16 feb 2013..pada 7.26 pm,, waktu senja.. berat dy kalau nak taw,, 3.76kg..haa beratkan..waktu scan cuma 3.1kg je,,skali keluar.. haa.amik kau... hehe.

untuk pengetahuan korg,,baby boy ni lahir secara operation aw.. sebab nye waktu dlm perut si ibu,, jantung baby xstabil & baby terberak dalam perut...so nak elak lemas termakan tahi baby kenalah bersalin secara operation..tp alhamdullilah baby keluar dgn selamatnya... & ibunya pon sihat je... klau ikotkan baby dgn ibu kena tahan 3 hari 3 malam,, kalau baby xkena penyakit kuning laa,,kata si ibu... klau x,,kena laa duk hospital tu seminggu.. semoga xde laa,,biar sehat2 jer..



ni pulak si kakak nye,, yg sangat teruja dapat adik baru..kakak ni jugak laa yang duk temankan ayah menunggu ibu waktu sakit nak bersalin dan bila ibu kena usung g bilik bedah punya laa dia menangis sbb terbaca perkataan "BEDAH",,smp yg lain pon ikot menangis skali laa..bukan tu aja..dy yg ingatkan tok g solat awal sbb nak doakan utk ibu & adik selamat ...& salah satu tugasnye adalah telepon pkcik makcik bagitaw ibu nak bersalin...kecik-kecik dah ada hpon ok..haha..

tp kecian kat kakak nye,,sbb waktu kitorg g melawat,,budak-budak bwh 12 tahun xleh masuk..xdpt dy jumpa ibu...sedih dah,,gamba kat ats ni pon si ayah bawak keluar adik jap g jumpa ngn kakak nye yg tgh tgu kat tempat menunggu.. nak sedapkan hati punye pasal,,akk ckp laa "xpe,,kat umah nnt kita boleh tgok adik & ibu". nampak x matang nye si kakak ni..hehe


akhir sekali,, makcik nye doakan si kakak n adik jadi anak yang soleh & solehah yer..jge ibu & ayah.. :)

Kalau Anda Suka Like laa :)

maaf,,terima kasih...


::salam::
hye kawan-kawan..

entri kali ini sy nak minta maaf & terima kasih banyak-banyak pada yang menegur... alkisah mengenai entry yg penah saya buat sebelum ini mengenai "19 keistimewaan wanita"..xpaham kenapa??meh sya tunjuk yer.. 

"Salam, artikel di atas bercampur2 dengan hadis palsu. hadis pertama tentang doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki sahaja dah palsu. rujuk video ni, '20 hadis palsu popular riwayat facebook', http://www.youtube.com/watch?v=kQdAkxz7POc on 19 Keistimewaan Wanita"
kat atas ni adalah komen yg saya terima.. ia mengatakan artikel tersebut bercampur-campur dengan hadis palsu..sebenarnya sungguh salah saya laa an terus share utk perkongsian bersama tanpa membuat sebarang semakan..tapi terima kasih bebanyak pd pengomen,,kalau tidak sy biarkan jer..

jesteru tu,,sy dah simpan entry tersebut,,xde lagi dipaparkan.. mungkin ada yg beranggapan biarkan saja entri tersebut sbb ia kebaikan,,tp bg sy xperlu laa.. lebih baik saya mencari perkara lain yang boleh dikongsikan yer kawan-kawan..hehe. tp nampaknye saya ada perkongsian baru iaitu "20 hadis palsu" yang perlu sy baca...terima kasih sekali sbb secara tidak langsung dah bagi saya ilmu baru.. :)


note: baca dan selidik dahulu setiap artikel yang ada jangan main copy paste je,, lagi - lagi mengenai agama kita Islam.. jangan lupa tegur & berkongsi jika ia salah.. :) saya harap ia juga dapat jd pengajaran utk kawan-kawan saya juga.. tq

Kalau Anda Suka Like laa :)

16 February 2013

kelahiran ahli baru :)


salam & hye,, 
kali ni sy nak post pasal kelahiran.. kelahiran spe?? anak buah saya..sekarang akk ipar dah masuk dekat dalam hospital dah..tgh bertarung nyawa... Ya Allah selamatkanlah mereka... dan saya xdapat nak g ikot,,sbb hari ini keje balik kul 6 ptg..tp esok cuti,,boleh laa tgok... excited sebenarnya,,sbb dah lama kitorg tgu baby keluar...hehe.. InsyaAllah baby boy..ciap dah ada nama taw...

Alkisah baby ni sebenarnya,, akak ipar ngn abg sy dah lama tgu aw.. hmpir 7 tahun gak la... tp ni bukan yang first,,ni dah ank yg kedua laa.. tp beza dgn si kakak..7 tahun.. sebelum ni,,si kakak lahir operation.. so kena laa merancang,,mmg doktor pon akan sarankan lepas 2 tahun br boleh mengandung lagi klau bersalin operate.. tp hope yg ni keluar normal laa..

baby ni dah lama ktorg tgu,,hehe.sbb perut akk ipar besar sgt..kesian pon ada tgok dy walaupun due dia patut nye 2 mggu lagi xsilap..itulah salah satu kekuatan seorang ibu..boleh bawak perut yang diisi satu lagi nyawa...hmm..tbe2 terpikir diri sendiri pulak..haha.. mestilahkan sebab saya seorang perempuan..

sekarang pun adik beradik dah pergi ke hospital,,saya je ni haa...nak minta ngn bos balik awal,,segan lak..nth pape erk,,xtanya lagi dah ada jwapan...hehe.. nak jugak sambut ahli baru sama-sama ngn dyorg...xnak laa ketinggalan...

so anak buah saya dah nak masuk 9 orang ye,,jgn xpercaya...haha..dah lama jd makcik aw..kira dah biasa laa dapat gelaran makcik ni...alahai,,makcik comel k..lalala..*okey dah mula perasan ha* rasanya sampai sini jela post nye,,jap lagi merepek2 lak saya ni... tolong doakan utk akk ipar n baby yer.. :))

Kalau Anda Suka Like laa :)

14 February 2013

Ciri-ciri Calon Pilihan Suami Yang Baik Menurut Islam

::salam::
hye kwn2,, hari ini saya nak kongsi sedikit
ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam.
jom kita tengok yer :)

  • Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
  "Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
  • Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya.Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


  •  Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

  • Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. 

  • Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.

  • Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan syahwat pula.

  • Mudah memaafkan. 

  • Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

note: Apa yang lebih utama dari segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya..


Kalau Anda Suka Like laa :)

11 February 2013

9 siti yang patut dicontohi


::salam::
hye kawan2...
harini mari kita mengambil pengajaran dari 9 siti yang patut dijadikan contoh..
sapakah mereka yer??jom baca


  • Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.



  • Siti Fatimah

Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.



  • Siti A’ishah

Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


  • Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).



  • Siti Mariam

Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


  • Siti Asiah

Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


  • Siti Aminah

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.



  •  Siti Muti’ah

Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya saja.

  • Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.





-=-*SUBHANAALLA H,,,Semoga kita dapat mencontoh dan bisa menjadi seperti mereka....Aamii n *-=


#by kata-kata hikmah

Kalau Anda Suka Like laa :)