PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty: kisah terladan Espiranza D'hearty: kisah terladan

24 April 2013

kisah terladan

ikotkan sebelum ni sy ckp nak post quotes psl kwnkan..
tp sorry laa,, Insya Allah lain kali yer..
sbb sy terbaca satu kisah ni..
kisah dia pendek je..
tp penuh pengajaran..
jom sama-sama baca.



Rasulullah SAW dengan sebiji limau.
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
sumber : kisah_teladan

note : apa pandangan kawan-kawn bila baca.. baikkan sifat Rasullullah ni.. tp kita blum tentu lagi buat mcm tu.. zaman sekarang ni,,susah nak tgok org jaga hati org lain..kalau boleh,, main lepas je ckp.. harap memberi pengajaran..
Kalau Anda Suka Like laa :)

1 budak comel :

Unknown said...

wah... entri yang sungguh bermotivasi.. :)