kenappa Dikir Zikir? sbb selain mereka berQasidah,, ustaz Ghazali mesti kan cerita kisah-kisah Rasul n zaman-zaman dulu.. bagi sy ia adalah perkongsian yg sangat menarik.. bukan nak ckp sy alim,,sbb xalim tu laa kita kdg2 kena cuci hati dgn kisah2 teladan dan kisah dari al Quran..ia dak..
sememangnya malam Jumaat tu bg sy,, malam utk kita perbanyakkan amalan.. bukan malam jumaat je..setiap harilah.. tp kita kalau bukan tv tu,, mst nak tgok drama or hiburankan..so malam jumaat je mst sy akan buka dikir zikir,, semanis kurma.. tp sekarang dah ganti dgn #celik hati oleh ustazah Muhaya.. sy cadangkan kawan-kawan tgok cerita-cerita ni.. dia akan memberi kita serba sedikit motivasi..
malam td,, zikir dikir tajuk dia "bijak sana bijak sini".. kisah pasal Luqman Al Hakim.. mst ramai kenal beliau an.. sememaagnya beliau merupakan ahli hikmah, iaitu pencetus kata-kata hikmah. ia,, beliau bukan nabi or rasul tp beliau juga sangat beruntung sbb nama beliau tercatat di dalam Al Quran..nama kita ada?xde kan..
Luqman di katakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan. Dia pernah menjadi kadi yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
Para ulama’ sepakat mengatakan Luqman itu seorang ahli hikmah (bijaksana) bukan seorang nabi kecuali Ikrimah dan Assyi’bi sahaja mengatakannya nabi kerana lafaz hikmah dalam ayat ini dimaknakan “kenabian”. Dan dikatakan apabila Luqman disuruh memilih hikmah dengan Nubuwwah(Kenabian) dipilihnya hikmah.
Adalah diceritakan , bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: ” Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukum yang benar?” Jawabnya” Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan aku pilih Afiat(selamat) dan aku tidak mahu bala (ujian). Tetapi jika ditugaskan juga aku akan taat kerana aku tahu bahawa Allah kalau menetapkan sesuatu kepadaku Dia pasti menolong dan memeliharaku.
Kemudian para malaikat pun bertanya” Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi hikmah?” Luqman menjawab: sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, jika tersalah jalan ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik dari dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih dari akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat. Malaikat takjub mendengar kata-kata Luqman. Apabila Luqman tertidur, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah.
Ada pula diceritakan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu @ gembala kambing. Apabila bertemu seorang lelaki dia bercakap penuh hikmah sehingga lelaki itu takjub lalu bertanya ” bukankah engkau seorang gembala kambing?” Luqman menjawab “benar”. Lalu tanya lelaki itu “bagaimana engkau mencapai kedudukan bagini?” Luqman menjawab ” Aku mendapat dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tidak ambil tahu apa yang bukan
urusanku”.
Sesetengah ulama’ mengatakan Luqman seorang hamba hitam dari Sudan Mesir, bibirnya tebal dan tapak kakinya retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang Sudan itu 3 orang iaitu Bilal bin Robah, Mahja’ hamba saidina Umar dan Luqman. Orang keempat pula ialah an-Najasyi raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi s.a.w.
artikal dekat atas ni sy cari.. sama seperti yang ustaz Ghazali ceritakan.. sy percaya meskipun kita biasa dgr namanya,, tp ramai xtaw sebenarnya kisah beliau,,beliau wujud pada zaman bila?,,beliau dilahirkan sebelum kewujudan Rasullullah lagi.. dan beliau dikatakan hidup hampir 1000 tahun.. bahkan segala kata-kata hikmah darinya masih digunakan sehingga sekarang.. Allahu Akbar.!
Tweet
0 budak comel :
Post a Comment