::assalamualikum::
HAWA , andai engkau masih remaja,
jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA,
andai engkau belum berkahwin,
janganlah kau risau jodohmu,
ingatlah janji tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA,
lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,
lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA,
jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik,
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA,
cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,
cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…
musasabah diri:
Tweet
0 budak comel :
Post a Comment