PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty: kata hikmah~~nasihat Espiranza D'hearty: kata hikmah~~nasihat

10 May 2012

kata hikmah~~nasihat

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ ~~"

salam & hai...
tiba2 hari ny, sy rasa nak isi entry dgn kata-kata hikmah...dan bagi sesiapa yang berkawan dgn saya di FB, msti taw yang saya sering post kata2 nasihat untuk diri sndri atau org lain berbanding post luahan perasaan..tujuan saya adalah lebih kepada munasabah diri sendiri..dan hari ini saya trasa nak kongsi sekali dalam blog ni dgn kawan-kawan... mungkin saya sendiri copy & paste dr org lain..hehe.. tp rasa nye xsalah kte sama2 sharing..


  • "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."

  • Sahabat umpama KOMPUTERawk ENTER dlm hidup saya,  saya SAVE awk dihati, ; awk FORMAT segala masalah saya& krn itulah..    tak mungkin saya DELETE awk dr MEMORY saya~~ :)

  • Orang yang paling rugi adalah Orang yang tidak mempunyai Sahabat..dan yang paling rugi daripada itu adalah Orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari itu"-saidina Ali-

  • ~Bila orang KUTUK,kita senyum..  ~Bila orang FITNAH,kita diam..   ~Bila orang MINTA MAAF,maafkan saja..  ~TAPI bila orang buat baik jgn lupa doakan untUk dia JAZAKALLAHU KHAIRAN... 

  • “Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.”

  • Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; # Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya..

  • Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya. . . ♥ ♥

  • Buat Sahabat Ku :-   Bila ada orang MENASIHATIMU, BUKAN bermaksud mereka LEBIH BAIK,   ;Bila ada orang MENASIHATIMU, BUKAN bermakna mereka LEBIH 'ALIM',  Bila ada orang MENASIHATIMU, BUKAN bererti mereka MENUNJUK PANDAITETAPI semata-mata kerana mereka itu MENYAYANGIMU dan mereka MENGINGINKAN yg TERBAIK buat dirimu..:)

  • " Bencilah kesalahannya, tp jangan dibenci orangnya,betulkah kita sudah mampu begitu? pada saudara, pada keluarga, pada para sahabat yang dicinta? saat mereka terkhilaf,betulkah kemaafan kita telah tertakdir mengiringi takdir kesalahan mereka? tapi itulah yang sedang diperjuangkan,dalam setiap ukuwah dan cinta, dalam setiap ikatan yang Allah jadi saksinya.. :)

  • "KEBENARAN itu tidak perlu PEMBELAAN karena dia akan MEMBELA dirinya sendiri."

  • "Hidup Biar Berjasa...Mati Biar Beriman...Berfikir Biar Berilmu...Berbicara Biar Berbahasa...Bergaul Biar Beradab...Berakal Biar Berakhlak...

  • Yg Miskin Jgn Dihina...   Yg Kaya Jgn Disanjung...   Yg Lemah Jgn Dipijak Yg Berkuasa Jgn Dijulang...   Taburkan Budi Dan Kasih Sayang Di setiap Perhentian.Sebelum Tibanya Kita Di Perhentian Yg ABADI "....

  • Bila orang mencaci,,Kita cuma senyum..  Bila orang menghina..Kita cuma senyum..  Bila orang memfitnah..Kita cuma senyum tak perlu berkata apa-apa..   kerana Allah sentiasa disamping kita..

  • setiap masa yang berlalu akan meninggalkan 1001 kenangan yang tidak akan di lupakan. 

  • Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...~~

  • ❝Tidak semua SENYUMAN bererti GEMBIRA.. Kadangkala senyuman menjadi PENUTUP bagi hati yang TERLUKA..❞

  • kalau sedang B'GEMBIRA janganla kau lupa siapa kau SEKARANG..&  kalau sedih jgnla kau ingat siapa kau DAHULU...sbb ALLAH x pernah SEsekali tinggalkan kita semua..>>(^_^)

  • berusaha & berdoa itu yg terbaik...   bkn hnye b'doa meminta tanpa tidak melakukan apa2..

  • HARTA BOLEH DICURI SEDANGKAN ILMU TIDAK BOLEH DICURI <<<(^_^)>>>

  • Setiap hari adalah hari yg baru,   Setiap hari timbul pelbagai pemikiran yg baru,  Setiap hari ada perasaan yg baru,   Apa yg kita fikirkan semalam belum pasti sama dgn apa yg difikir hari ini Hakikatnya...kita juga menjadi orang yg baru setiap hari...  ♥ Semoga hari ini lebih baik dari semalam ♥

  • JANGAN PUTUS ASA DAN JANGAN PULA KECEWA TETAPI OPTIMISLAH , SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTAKU , ALLAH AKAN MENOLONGKU , ALLAH YANG AKAN MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADAKU DAN ALLAH LAH YANG MEMELIHARA DAN MELINDUNGIKU”..  Jalani hidup ini dengan apa adanya dan dengan rela dan bersenang hati....

  • ~~ JANGAN BIARKAN HAL2 KECIL MEROSAKKAN DIRI DAN HARI KITA~~

  • "YA ALLAH, sempurnakan cahaya kami & ampuni kami sesungguhnya KAU Maha Kuasa atas SEGALA sesuatu."   ♥ dan KAU sempurkakanLAH hari2 yg bkal kami lalui dgn KETENANGAN..

  • "JAUHILAH sifat buruk sangka, kERana SEBAhaGIAN dari prasangka itu DOSA." 

  • Kalau dicaci, jangan dimaki ....Tapi ucaplah alhamdulillah kerana tidak luak kita oleh caci dan maki. Sungguh kata2 itu kembali kepada si pencaci. Bertindaklah dengan bijak dan hikmah, bukan dengan amarah dan nafsu.

  •  Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.  Teman yang paling akrab adalah AMAL.  Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM.  Bahasa yang paling manis SENYUM ^_^  Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

  • "..Perkara yg telah ditakdirkan untukku pasti aku dapat walaupun aku lari daripadanya, dan perkara yang ditakdirkan bukan untukku pasti aku tidak dapat walaupun aku bersusah payah untuk mendapatkannya.."(Abu Hazim Al-Makki)   *bersyukur pada setiap pemberiannya,,pasti ada hikmah...~~

  • Tiada ibu, tiadalah kita...   tiada Ayah, tiada juga kita...   *tanpa mereka siapalah kita...

  • duit yg banyak bukan jaminan...TETAPI setiap org memerlukan duit..~~

  • kita boleh bersabar dalam meletakkan harapan, kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan... ~~ (^_^) 

  • "Bersabar dgn keluarga adalah kerana kita merasai CINTA..  Bersabar dgn kerenah org lain adalah kerana kita rasa HORMAT...  Bersabar dgn diri sendiri adalah kerana kita ada KEYAKINAN dan   bersabar dgn dugaan Allah, ialah kerana KEIMANAN" ....

  • Kawan sejati ambil berat macam seorang IBU ,   marah macam seorang AYAH ,   bergurau macam ADIK-BERADIK dan   ; menyayangi lebih daripada seorang KEKASIH .. ♥

  • ~✿..JANGAN mudah MENILAI ORANG,   kamu tidak tahu apa yang telah dilaluinya..   kamu mungkin MENDENGAR CERITANYA,  tetapi kamu tidak tahu APA YANG DIRASAKAN oleh HATINYA..✿~

  • ~Setitis kesabaran itu lebih mahal harganya dr berjuta-juta wang di dunia ini..& ia belum mampu membeli sebuah kegembiraan...~

  • sabar itu indah...~~

  • .Tika aku senyum itu tidak bererti aku gembira,,tika aku menangis itu tidak bererti aku sedih,,kadang aku sendiri keliru, dan saat itu hanya ?DIA yang yang mengerti HATI INI..”

  • "apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah,kemudian suruh orang bertanya padanya tentang dirimu dan rahsiamu.sekiranya ia mengatakn yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat."

  • ‎~Carilah lelaki yang boleh mengingatkanmu tentang sembahyang , bukan lelaki yang selalu mengajak tengok wayang . Carilah lelaki yang selalu mengingatkan dirimu untuk mengaji , bukan lelaki yang selalu mengajak mu SMS tiap-tiap hari ♥~

  • Peringatan Rasulullah SAW kepada sahabat Baginda, Abu Dzar, katanya: “Wahai Abu Dzar, kamu pergi untuk mempelajari satu ayat al-Quran itu lebih baik daripada kamu solat seratus rakaat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

  • Berikan kemaafan walau hatimu disakiti...Baik untuk muhasabah diri.~~~

  • Kita jangan terlalu mengharap dan mengimpikan, kerana mengharap kekadang tidak pasti menjadi kenyataan..  Jangan terlalu meletakkan harapan tinggi pada sesuatu yang belum pasti, kerana jika tidak diperolehi, pastinya kecewa sekali di dalam hati... 

  • Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk taabbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya...

  • ~SENYUM,,   RINGAN tak berSUARA AKAN TETAPI penuh MAKNA..~

  • ‎"kadang kala ALLAH hilangkan mentari...kemudian DIA datangkan guruh..puas kita menangis,mencari mana mentari kita..rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yg cukup indah...BERSABARLAH....ada kemanisan disebalik kepahitan.."

  • ‎~Semalam adalah kenangan....  ~Dari kenangan kita perolehi pengalaman...   ~Dari pengalaman kita dapati pengajaran...  ~Dari pengajaran kita dapat kesedaran...  ~Kesedaran yang mengejutkan kita dari kealpaan..   ~Agar diri tidak terus rebah dilaman kehinaan...~

  • Sabda Rasulullah SAW   " Sesiapa yang Akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia).

  • Maafkan orang lain. Berikan kemaafan itu pada mereka. Bukan kerana kebaikan dan 
  • manfaat pada diri mereka, tetapi kebaikan dan manfaat pada diri kita sendiri.

  • Jangan pernah berhenti mendengar nasihat krn hati akan buta apabila kehilangan nasihat.

  • Islam itu kehidupan..kehidupan itu satu perjuangan..perjuangan itu adalah satu tuntutan..sentiasa berserah diri pada Allah dan jangan putus asa dengan Allah!

  • IKHLAS laa menjadi diri sendiri agar hidup penuh dgn ketenangan dan keamanan....hidup tanpa pegangan,ibarat buih2 laut...bila2 mse ia akan hilang..

  • kenangan membuatkan kita rndu...kenangan gak membuatkn kita menangis...abadikan kenangan bersama yg boleh membuatkn kita tersnyum...senyum itu juga penawar segala duka....semoga hidup kita lebih bahagia.... 

  • saya SUSAH tapi ada yang LEBIH SUSAH dari saya,,  saya DERITA tapi ada yang LEBIH DERITA dari saya,,  saya SEDIH tapi ada yang LEBIH SEDIH dari saya,,  saya SAKIT tapi ada yang LEBIH SAKIT dari saya,,  rupanya saya lebih SENANG dari MEREKA.   rupanya saya lebih BAHAGIA dari MEREKA,,  rupanya saya lebih GEMBIRA dari MEREKA,,  rupanya saya lebih SIHAT dari MEREKA...♥ ALHAMDULILLAH.. :)

  •  jarak jauh adalah ujian cinta..jarak dekat adalah ujian iman..menanti adalah bukti kesetiaan♥

  • kadang2 kita perlu membandingkan diri kita dgn org yang lebih kekurangan daripada kita supaya kita benar2 menghargai apa yang kita ada...ALHAMDULLILAH~~

  •   Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa yang berjalan dalam pencarian ilmu maka Allah SWT akan memudahkan jalannya ke surga." (HR. Ahmad)

  •   Jangan hanya melihat keburukan orang, kerana seburuk-buruk dia, ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat...

  •   bersungguh2 dan penuh minat, tapi orang xnampak kamu,
    dia bersahaja dan penuh keyakinan tapi mendapat perhatian ramai..

  •   Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.

  •   Jadilah seperti ikan di lautan ,walaupun air laut masin tapi sedikit pon tidak mempengaruhi diri mereka

  •   dengan satu senyuman ,dapat cover sejuta masalah. So ,senyumlah :)

  •   Allah tak pernah menjanjikan langit akan sentiasa biru dan bunga akan bertaburan di sepanjang jalan. Namun Allah menjanjikan kekuatan dan pertolonganNya. Let Allah do the rest ;)

  •  apa pun masalahmu ,ia pasti akan berlalu. senyumlah ;)

  •  dunia ini mmg tidak adil .sbb tu perlunya ada akhirat ,di sanalah keadilan yg hakiki dan mutlak akan tertegak ;)

  •  seorang insan yg mempunyai minda dan sedar mengenainya ,bila2 masa sahaja dapat mengalahkan sepuluh insan yang tidak mempunyai minda da tidak sedar mengenainya..

  •  ketahuilah bahawa Allah selalu memberi PELANGI di setiap BADAI ,SENYUM di setiap AIR MATA ,BERKAH di setiap MUSIBAH .JAWAPAN di setiap DOA..

  •   Aku percaya cinta pandang pertama,,kerana aku mencintai ibubapaku saat pertama kali aku membuka mata melihat mereka...

  •   Dugaan itu datang untuk mengingatkan kepada yang lupa dan memberikan ganjaran kepada yang sabar.

  • peluang cuma dtg sekali sAja dlm idup...kalau kita tak hargai semasa ia dtg,mungkin kita akan kehilangan nye buat selama-lame nye.... ^__^

  •  biar lah buruk pasal diri kite...
    jgn buruk kan pasal org lain..

  •  ♥ cinta bukan untuk lahirnya kekecewaan TAPI cinta menguatkan lagi semangat dalam kehidupan ♥

  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya..

  •  SEMINIT perkenalan tak bermakna JATUH CINTA... ♥
    SEJAM berbual tak bermakna SAYANG... ♥
    SEMINGGU mengenali tak bermakna sudah MEMAHAMI... ♥
    SEBULAN bersama tak bermakna MEMILIKI... ♥
    BERTAHUN dalam ikatan tak bermakna hubungan itu KUKUH... ♥
    CINTA yang datang cepat...cepat jua ianya berubah HATI...♥

  •  Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

  • Jangan kita rasa diri kita yg terbaek,, jangan rasa diri kita lebih dari orang lahir.. Ini akan menimbulkan rasa riak dalam diri..~~

  •   Sesungguhnya ZIKIR itu penenang HATI, penenang JIWA.. :)

  •   Walau tak ada ORANG menyayangi kita,,
    TAPI ALLAH SWT ada dekat di hati kita..

    Walau tak ada ORANG mencintai kita,,
    TAPI ALLAH SWT sentiasa MENGASIHI kita..

    Walau tak ada ORANG menolong kita,,
    TAPI ALLAH SWT ada MELINDUNGI kita..

    Walau tak ada ORANG merindui kita,,
    TAPI ALLAH SWT tetap menunggu kita..

    Walau tak ada ORANG menjaga kita,,
    TAPI ALLAH SWT sentiasa memerhatikan kita..

    Walau tak ada ORANG bersama kita,,
    TAPI ALLAH SWTsentiasa ada menemankan kita.. ^_^

  • "Manusia akan mati BILA-BILA masa,, tetapi tulisan boleh KEKAL selamanya..   maka tulislah perkataan yang akan kita GEMBIRA di akhirat kelak... "

  •   ♥ Anak yang berjaya bukan anak yang berjaya berkerjaya, mewahkan kehidupan ibu ayahnya. Tapi anak yang berjaya adalah anak soleh yang membawa ibu ayahnya turut serta menikmati Syurga bersama-sama..♥ 

  • Di mulakan dengan BISMILLAH
    Di sudahi dengan ALHAMDULILLAH
    Mulakan hari mu dengan SENYUMAN (^_^).

  •   •♥ "Jangan HINA permulaan seseorang.
    kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya.." ♥•

  •  berkata JUJUR, dengan membuat seseorang itu menangis lebih baik daripada BERBOHONG yang membuat dia tersenyum...

  •   manusia memang tidak lari dari melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa..

  • dia tahu perangai saya yang gila-gila..   dia tahu kelemahan saya..banyak kali saya buat silap..   tapi tetap bersahabat dengan saya..   sebab dia nak masuk syurga dengan saya..   dia yang saya gelar SAHABAT...

  • Letak MALU pada PANDANGAN,,   Letak MALU pada PERCAKAPAN,,   Letak MALU pada PENDENGARAN,   Letak MALU pada PERBUATAN,,   barulah dikatakan MALU sebahagian daripada IMAN...

  •  Kalau kita rasa kita susah, ingatlah ada insan lain yang lebih susah dari kita. Maka syukuri seadanya kita..

  •  
    "SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
    "SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan ringgit.
    "SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
    "SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
    "SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.
    "SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.:)

  •  Jangan merasakan diri kita ini sempurna kerana manusia itu tidaklah sempurna melainkan hanya Pencipta manusia itu sendiri, Allah Taala~


note: ni mungkin sebahagian yg saya dapat..klau ada masa saya akan
tambah lg... (^_^)


Kalau Anda Suka Like laa :)

0 budak comel :