PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty: 12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALi Espiranza D'hearty: 12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALi

19 March 2013

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALi




  •  Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

  •  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

  •  Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

  • Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

  • Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

  •  Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

  •  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

  •  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah






Kalau Anda Suka Like laa :)

0 budak comel :