PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty Espiranza D'hearty

16 February 2013

kelahiran ahli baru :)


salam & hye,, 
kali ni sy nak post pasal kelahiran.. kelahiran spe?? anak buah saya..sekarang akk ipar dah masuk dekat dalam hospital dah..tgh bertarung nyawa... Ya Allah selamatkanlah mereka... dan saya xdapat nak g ikot,,sbb hari ini keje balik kul 6 ptg..tp esok cuti,,boleh laa tgok... excited sebenarnya,,sbb dah lama kitorg tgu baby keluar...hehe.. InsyaAllah baby boy..ciap dah ada nama taw...

Alkisah baby ni sebenarnya,, akak ipar ngn abg sy dah lama tgu aw.. hmpir 7 tahun gak la... tp ni bukan yang first,,ni dah ank yg kedua laa.. tp beza dgn si kakak..7 tahun.. sebelum ni,,si kakak lahir operation.. so kena laa merancang,,mmg doktor pon akan sarankan lepas 2 tahun br boleh mengandung lagi klau bersalin operate.. tp hope yg ni keluar normal laa..

baby ni dah lama ktorg tgu,,hehe.sbb perut akk ipar besar sgt..kesian pon ada tgok dy walaupun due dia patut nye 2 mggu lagi xsilap..itulah salah satu kekuatan seorang ibu..boleh bawak perut yang diisi satu lagi nyawa...hmm..tbe2 terpikir diri sendiri pulak..haha.. mestilahkan sebab saya seorang perempuan..

sekarang pun adik beradik dah pergi ke hospital,,saya je ni haa...nak minta ngn bos balik awal,,segan lak..nth pape erk,,xtanya lagi dah ada jwapan...hehe.. nak jugak sambut ahli baru sama-sama ngn dyorg...xnak laa ketinggalan...

so anak buah saya dah nak masuk 9 orang ye,,jgn xpercaya...haha..dah lama jd makcik aw..kira dah biasa laa dapat gelaran makcik ni...alahai,,makcik comel k..lalala..*okey dah mula perasan ha* rasanya sampai sini jela post nye,,jap lagi merepek2 lak saya ni... tolong doakan utk akk ipar n baby yer.. :))

Kalau Anda Suka Like laa :)

14 February 2013

Ciri-ciri Calon Pilihan Suami Yang Baik Menurut Islam

::salam::
hye kwn2,, hari ini saya nak kongsi sedikit
ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam.
jom kita tengok yer :)

  • Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
  "Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu." Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia(suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
  • Tidak Dayus, sanggup menjadi pembela isterinya.Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


  •  Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

  • Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. 

  • Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.

  • Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ disini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan sia-sia dan syahwat pula.

  • Mudah memaafkan. 

  • Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

note: Apa yang lebih utama dari segala hujah itu tadi ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya..


Kalau Anda Suka Like laa :)

11 February 2013

9 siti yang patut dicontohi


::salam::
hye kawan2...
harini mari kita mengambil pengajaran dari 9 siti yang patut dijadikan contoh..
sapakah mereka yer??jom baca


  • Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.



  • Siti Fatimah

Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.



  • Siti A’ishah

Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


  • Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).



  • Siti Mariam

Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


  • Siti Asiah

Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


  • Siti Aminah

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.



  •  Siti Muti’ah

Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya saja.

  • Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.





-=-*SUBHANAALLA H,,,Semoga kita dapat mencontoh dan bisa menjadi seperti mereka....Aamii n *-=


#by kata-kata hikmah

Kalau Anda Suka Like laa :)