PERHATIAN!
jom ramai-ramai LIKE page Espiranza D'hearty :)
Espiranza D'hearty: May 2013 Espiranza D'hearty: May 2013

28 May 2013

Kisah Sedih...





Isteri: Abg, JEMPUT sy mlm ni boleh? (◦ˆ⌣ˆ◦)
Suami: Knp nk berjemput pula. Selalunyakan awk naik BAS kan??
Isteri: Sy ada "SUPRISE" utk abg. Sy tunggu abg dkt bus stop dpn office ok?
Suami: Sy byk kerja. MENYUSAHkan betul. Lg 45 minit baru sy sampai! (Suami terus matikan telefon) (︺︹︺)

2JAM kemudian, suami sampai, lihat isterinya TIADA di tempat yg dijanjikn. Tanpa fikir pjg, dia terus PULANG.
Setibanya di rumah, dia melihat ramai org di rumahnya. Ibu mertuanya terus melulu ke arahnya.

“Kau PERGI mana ha?!? Isteri kau diROGOL & diBUNUH! Dia minta kau jemput dia. Tp keMATIan yg menjemputnya!”

Suami terduduk meratapi mayat isterinya lalu dia membuka telefon bimbitnya. Terdpt 3 SMS drpd isterinya. (☉﹏☉)

9:55- Abg LAMBAT lg ke?
10.05- Sy sebenarnya nak buat kejutan ULANG TAHUN PERKAHWINAN kita . . . ◕ ‿ ◕
10:15- Ada org PERHATIkan sy abg . . . Sy TAKUT . . .

Suami MENANGIS semahu-mahunya. MENYESAL sbb mengABAIkn isterinya. Dia TERKILAN tidak menjemput CEPAT isterinya. Kini dia hanya boleh berHARAP dpt menjemput isterinya menjadi BIDADARInya di SYURGA kelak. (╥﹏╥)

# HARGAI lah

sumber : facebook
Kalau Anda Suka Like laa :)

27 May 2013

Dian'z VITAMIN C & E 12000mg




VITAMIN C & E + WHITENING COLLAGEN12000mg

Gabungan daripada extra berry..menghasilkan vitamin C & E dan Menggunakan collagen dari sumber ikan tilapia.. tidak meberikan kesan alahan jika anda alergik kepada seafood seperti collagen marine.. ALERGIK IKAN TALAPIA TIDAK DI GALAKKAN AMBIL

FUNSGI UTAMA : memutihkan seluruh badan, melembabkan kulit,mencantikkan kulit.,merawat jerawat,jeragat dan sel kulit mati.

CARA GUNA : 1 biji selepas sarapan, & sebiji selepas makan malam... Tablet boleh di isap atau di telan.

Mendapat pengesahan HALAL,bumiputra product/ dari kilang bertaraf GMP,tiada gelatine,


Sesuai untuk lelaki dan perempuan 16TAHUN KE ATAS,ibu mengandung dan menyusu boleh ambil
  

HARGA :: RM80 SEMENANJUNG 
/ RM85 SABAH SARAWAK
sebotol ada 60biji.. untuk sebulan..sgt berbaloi2.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PROMOSI ,PROMOSI PROMOSI

NORMAL PRICE : RM166.00 SM / RM180.00 SS

PROMOTION PRICE
RM150.00 SM / RM160.00 SS + FREE POSTAGE
 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

feedback consumer :



feedback ibu mengandung4 bulan dan menyusu dalam masa yang sama 
salam..saya seorang ibu yg tgh mengandung 4 bln dan msih mnyusukan anak lagi..memang susah nak cari supplement yang menggabungkan vitamin c + e & whitening collagen utk ibu yg mngandung ni..klau ada pun harganya mahal dan kuantiti pun sedikit je..tak semua supplement sesuai utk ibu yg mengandung dan menyusu ni..mula2nya saya macam x percaya dengan supplement2 ni bukan pe takut ada effect dekat baby dalam kandungan ni..sehingga la saya terjumpa produk dianz ni di fb..melihat sendiri testimoni empunya diri ni iaitu admin dianz ni yang mengamalkan makan dianz sejak kandungan trimester pertama lagi telah membuatkan hati saya ingin mencubanya..Alhamdulillah tak sia2 percubaan saya..setelah 2 minggu mencuba produk ni, saya dh mula nampak perubahan pada wajah dan seluruh badan saya..parut2 jerawat dimuka dan badan semakin berkurang..suami pun memuji perubahan yg ketara trhadap wajah dan badan saya..nampak putih dan berseri2 gitu..produk dianz ni memang
fantastik dan bombastik la..selain tu juga produk dianz ni mengandungi MG yg tertinggi iaitu sebanyak 12000mg sehari. Ia juga merupakan produk yg terkini yang menggabungkan vitamin C + E & whitening collagen..tabletnya juga kecil dan rasa berry mmg sedap bila dihisap dan dikunyah..kepada ibu2 g mnyusu dan bakal ibu anda tidak perlu gusar lagi utk memilih supplement yg trbaik utk diri sendiri dan juga utk bayi kerana produk ni memang halal dan disahkan oleh KKM..harganya pula mampu dimiliki..jadi..mengapa bayar lbih??sedangkan kita boleh dapat produk ni dengan murah dan menjimatkan.."Ibu Cantik Jelita..Anak Sihat Sentiasa". InsyaAllah saya akan trus menggunakan produk dianz ni walaupun dh brsalin nnt dan akan suggestkn pada kawan2 & ibu2 diluar sana tentang kebaikan dan kelebihan produk dianz ni..Semoga produk dianz ni akan terus berkembang hingga ke pasaran antarabangsa dan dikenali ramai..InsyaAllah..
fantastik dan bombastik la..selain tu juga produk dianz ni mengandungi MG yg tertinggi iaitu sebanyak 12000mg sehari. Ia juga merupakan produk yg terkini yang menggabungkan vitamin C + E & whitening collagen..tabletnya juga kecil dan rasa berry mmg sedap bila dihisap dan dikunyah..kepada ibu2 g mnyusu dan bakal ibu anda tidak perlu gusar lagi utk memilih supplement yg trbaik utk diri sendiri dan juga utk bayi kerana produk ni memang halal dan disahkan oleh KKM..harganya pula mampu dimiliki..jadi..mengapa bayar lbih??sedangkan kita boleh dapat produk ni dengan murah dan menjimatkan.."Ibu Cantik Jelita..Anak Sihat Sentiasa". InsyaAllah saya akan trus menggunakan produk dianz ni walaupun dh brsalin nnt dan akan suggestkn pada kawan2 & ibu2 diluar sana tentang kebaikan dan kelebihan produk dianz ni..Semoga produk dianz ni akan terus berkembang hingga ke pasaran antarabangsa dan dikenali ramai..InsyaAllah..


Hai dian...prasaan x gmbr sblum amalkn vitamin dianz ... muka truk sngt kn. ..kulit bmnyak n jrwat brktul2. .. hehe. .. sbgai sorg prmpuan yg bkerja n akn brdpan ngn org msti nk klhatan kmas. ..tp kmas dri segi pakain. ..mmg x ckup. .hihi. .. kyakinan mc kurang. .tp selepas mengamalkn vitamin dianz ... rase smngat, nk bdpan ngn kwan2. .n org skliling pun. .. mmg smngat tau. .. sy dh mkn 2btol vitamin dianz. ..skrg dh msuk btol ke3. .. n mmg dh stnby pun 2btol lg stok. .. vitamin. .. dianz. .. yg pling best. .kulit muka. ..lembab. .n pipi muka. .lak. .naik. . Best. .. kwan2 tnye sy amlkn. . Ape mngkin berseri. .hehe. .tgok lh. . Muka slpas amalkn vitamin dianz tu. .. bestnye vitamin dianz ni sdap. .hihi. ..yg pnting brkesan.


 berminat nak order boleh PM sy di page Espiranza D'hearty.

note : saya sendiri tgh mengambil vitamin C & E ni,,tp xsmp sebulan lagi.. Alhamdullilah banyak perubahan,, tp belum sesuai nak letak pic sendiri..hehe.
Kalau Anda Suka Like laa :)

25 May 2013

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi





Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari. Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.
Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya? Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:


01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


02. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


03. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


04. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


05. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


06. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.


07. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.


sumber : klik.

Kalau Anda Suka Like laa :)

Berapakah Geniuskah Anda??


Berapakah Geniuskah Anda??
Assalamualaikum..

Mari kita membuat sedikit ujian dementia untuk menguji tahap genius anda. Lihat betapa cekapnya anda untuk menjawab soalan yang diberikan.

Di bawah anda ini terdapat empat soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa terlalu lama dan perlu menjawabnya dengan segera.




















Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!...


Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama?














































Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?....


























Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau kalkulator dan dengan secepat yang mungkin...


















































Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10..... Berapa kah jumlah semua?



Jawapan : Adakah jawapan anda 5000 ?Jawapan sebenar adalah 4100.....




















Jika anda tak percaya gunakan kalkulator untuk mengira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul .


















































Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

Jawapan : Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!.....































Sekarang cuba anda menjawab soalan bonus:

Seorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

Jawapan: Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati....

Bagaimana dengan ujian ini??
sekian..


nak taw jawapan?? cuba highlight jawapan.!
sumber : klik.
Kalau Anda Suka Like laa :)

KISAH SI PENJUAL TEMPE




Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi,
separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa? Ya ALLAH, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin..

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.? Ya ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin
meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.? Ya ALLAH, aku percaya,
Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin?. Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa berdoa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh
dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir? Ya ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.?

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita? Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.? Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya?Ya ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu? Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi??

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum
jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti disana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH?

sekian

Sebagai Renungan..

 Pengajarannya adalah kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

sumber : sini.
Kalau Anda Suka Like laa :)

SEGMEN UPKAN FOLLOWER BY HANA



klik banner !


follower : 235

tag :

meh ramai2 join,,segmen ni berlangsung setahun sebulan..lama x..hehe..

Kalau Anda Suka Like laa :)

22 May 2013

NIAT YANG DISESATKAN SYAITAN





Dalam sebuah hadis ada menceritakan tentang dua orang saudara, seorang darinya kuat beribadat kepada Allah manakala seorang lagi selalu berbuat maksiat dan kejahatan.

Pada suatu hari saudara yang kuat beramal ibadat kepada Allah telah bercita-cita untuk melihat Iblis di tempat ibadatnya. Suatu hari ketika dia sedang duduk bersendirian maka datanglah syaitan kepadanya dengan berkata: “Sayang sekali engkau, engkau telah menghabiskan dan mensia-siakan empat puluh tahun umurmu kerana itu rasailah kesedapan dunia dan jamulah kehendak dan keinginan engkau. Kemudian kembalilah engkau bertaubat serta membuat ibadat kepada Allah pula. Jadi tiadalah engkau merugi dalam dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang.”

Mendengar kata-kata iblis yang lembut itu maka hati dan pendiriannya telah berubah, katanya: “Benar juga kata-kata syaitan itu, aku telahpun merugikan diriku sendiri beberapa lama. Baiklah aku turun ke bawah mendapatkan saudaraku supaya dapat aku bersama-samanya memuaskan nafsu keinginan dan keduniaan selama dua puluh tahun, kemudian aku akan bertaubat dan kembali beribadat kepada Allah di dalam umurku yang dua puluh tahun lagi itu.” Selepas dari itu dia pun turun ke bawah dengan niat untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan kepada Allah.

Dalam pada itu saudaranya yang seorang lagi (Penderhaka) yang selalu di dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan itu mula menyedari kesilapan yang telah dilalukannya. Pada suatu hari dia mendapati dirinya di dalam seburuk-buruk keadaan. Dilihatnya badannya serta pakaiannya telah kotor berlumuran dengan najis serta terlantar pula di atas debu tanah. Sewaktu dia sedar itu, maka berkatalah hatinya: “Oh… sia-sianya. Oh.. ruginya aku. Sudah habis umurku di dalam dunia maksiat, aku telah merosakkan diri sendiri serta bodoh, sedangkan saudaraku itu sedang menikmatan beribadat kepada Allah dan akan memperolehi syurga Tuhan. Tetapi aku.. nerakalah tempat tinggalku. Demi Allah, aku bertaubat aku akan naik ke atas bersama saudaraku untuk mengerjakan ibadat dan berbakti kepada Allah. Semoga Allah akan mengampuni segala dosanya.”

Maka diapun naiklah ke atas dengan niat untuk bertaubat sedangkan saudaranya itu pula turun dengan niat untuk melakukan kerja-kerja maksiat dan kerja-kerja yang dimurkai Allah. Tiba-tiba sewaktu dia hendak turun maka dia tergelincir kakinya lalu jatuh ke atas adiknya bertimpa-timpa. Akhirnya kedua-duanya itu pun mati di situ juga.

Di hari akhirat nanti kedua saudara itu akan dibangkitkan menurut niatnya. Iaitu yang ahli ibadah akan di bangkitkan atas niat maksiat manakala adiknya pula akan di bangkitkan atas niat berbakti kepada Allah sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: “Akan di bangkitkan tiap-tiap hamba menurut keadaan matinya.” (Baik atau Buruk). Di samping itu anggaplah syaitan itu sebagai musuh selama-lamanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu.”

Semua orang tahu syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita semua, tetapi adakah semua orang tahu bahawa hari ini paling ramai orang-orang mengikuti langkah-langkah syaitan.

Hari ini syaitan bermaharajalela dengan berbagai-bagai kegiatan maksiatnya, antaranya syaitan telah mempunyai ahlinya yang paling ramai kalau dibandingkan dengan orang-orang Islam hari ini. Tempat-tempat judi, kelab-kelab malam, bersekedudukan secara haram dan sebagainya.

Daripada Umar BIn Alkhattab r.a berkata : Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang di niatkan. Maka barang siapa hijrah kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. (Bukhari, Muslim)

Wallahua'lam

sumber : facebook.
Kalau Anda Suka Like laa :)

Kisah lelaki tua dengan 3 anaknya




Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.


APA PENGAJARAN CERITA INI.

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.



Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima .

Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

sumber : klik.
Kalau Anda Suka Like laa :)

berblogwalking

selamat ptg..
sekarang mood sgt laa malas.. xtaw knp.hehe
pastu sy perasan sejak pakai komen google+ sy tgok xde sebarang komen ..
xmasuk  langsung sebarang notification....
kalau tgok dkat post tu ada je sbrg komen tp 


contoh tp..


tp bila sy tekan je "post a comment" or tekan "budak comel tu",  ada jer komen2 org... hmm.. so sy minta maaf laa kalau selama ni sy sunyi,,xbalas pape dr org yg dtg  komen.. sy ingatkan xde org yg sudi singgah blog sy ni..hehe..  so terpaksa laa sy guna caria manual, tekan komen2 tu.. kpd sesiapa yg boleh bantu sy.. knp jd mcm ni erk? or mcm mne nak kembali pada kotak komen lama ke? harap ada yg membantu... tq.

note : sempat gak laa td balas semua komen yg join segmen Segmen tingkatkan follower by Nadia.. rupanya2 hampir 20 tinggalkan jejak..


Kalau Anda Suka Like laa :)

Oh My Giveaway



klik banner !



Tamat: 31/5/2013

Kalau Anda Suka Like laa :)

susulan konvokesyen ke-8 PSIS

haa,,baru-baru ni sy ada bagitahu psltarikh konvo PSIS an..
so entry kali ni sy akan bgtaw secara menyeluruh mengenai konvokesyen yg bakal tiba.






tatatusila majlis :

lulusan lelaki


lulusan wanita


sidang konvokesyen :



note  : kalau nak tgok lebih jelas gamba2 dekat atas ni boleh lak klik yer..





Kalau Anda Suka Like laa :)

3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih

As-Salam


22 MAY 2013 - 05 MAY 2013



Kalau Anda Suka Like laa :)

21 May 2013

Nilai sebuah harta






Kisah yang insyaAllah menjadi tauladan pada diri anda dan sahabat sekalian.

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya senyum...si anak bertambah yakin, andai keput
usan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg dihajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-Quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah yahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat..cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh..

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...

Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

p/s: Hargailah pemberian seseorang walaupun ianya amat kecil di mata kita.

sumber : kisah tauladan.

Kalau Anda Suka Like laa :)

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai





Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan diapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



P/s: Sama2 beringat lain kali beli buah or sayur tak elok jangan marah2 kerana secara tak langsung kita sebenarnya memarahkan Pencipta tumbuhan2an tersebut...nauzubillah..

sumber : kisah tauladan

Kalau Anda Suka Like laa :)

Jom Exchange iklan !




selamat tgh hari.. hari mood nak menulis xde laa..
tp sy rajin nak meng"like"
jadi apa kata kita exchage link iklan nak x?hehe.


so kalau ada sesiapa nak sy like link anda..
meh tinggalkan dekat komen ni yer.. kat tmpt lain,, takut xperasan lak.
sambil2 tu boleh berblogwalking skali..


xlupa jugak korg siggah laa kat sini ISMAH.



Kalau Anda Suka Like laa :)

Segmen: Jom Blogwalking bersama Cik Bintang



klik banner!

syarat nya simple je taw.. xpercaya.. klik laa banner tu..hehe


Kalau Anda Suka Like laa :)

"Segment Follow Mollow Dan Menang"



klik banner!

follower terkini : 138

Segment ini berjalan selama sebulan. start 21.5.2012- 21.6.2013. 

nak tahu hadiah2 yg enarik.. mst laa join dulu.^_^


Kalau Anda Suka Like laa :)

Segmen Jom Kenali Blogger Baru



klik banner!

Tarikh tutup 25/5/2013 jam 9 malam 


Kalau Anda Suka Like laa :)

20 May 2013

15 CARA MENINGKATKAN TRAFIK BLOG


selamat ptg kawan-kawan,, 
hari ni mood nak menulis sgt laa teruk..
jd tadi sy g laa jln2 nak cari mcm mne nak tingkatkan pengunjung ke blog sy ni..
maka sy jumpa entry bawah ni.
sy harap sy sendri dapat praktikkan serta blogger baru yg lain...  ^_^




  1. Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
  2. Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
  3. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
  4. Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
  5. Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
  6. Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
  7. Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
  8. Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
  9. Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.
  10. Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
  11. Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
  12. Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
  13. Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
  14. Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
  15. Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
credit : denaihati.com

note : Mungkin ada  Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.. Jom sharing.!

Kalau Anda Suka Like laa :)

Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI





ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!



DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..

    Syarat : -
    1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
    2. Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
    3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
    4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
    # Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..


    Kalau Anda Suka Like laa :)